Penunggang motosikal maut dalam kes langgar lari


MIRI: Seorang penunggang motosikal maut dalam kes langgar lari di KM76 Jalan Persisiran Pantai berhampiran simpang Sepupok pada Khamis.

Mangsa dikenali Mail Naga, 28 tahun, berasal dari kampung Iran Suai dan bekerja sendiri sebagai buruh kasar.


Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik PDRM Kontinjen Sarawak  Superitenden Alexson Naga Chabu mengesahkan kemalangan ini.

Mangsa dalam perjalanan dari kampung Iran menuju ke Batu Niah dan apabila sampai di KM76 jalan pesisiran pantai, kenderaan mangsa dipercayai bergesel dengan kenderaan lain.

Mangsa terbabas di atas jalan raya dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Pegawai Perubatan Batu Niah pada jam 1.30 petang.


Mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan putus tangan kanan.

Siasatan awal mendapati motorsikal mangsa dipercayai bergesel  dengan kenderaan lain lalu terbabas dan hilang kawalan di atas jalan raya.

Bahagian hadapan motosikal dilanggar lagi dengan kenderaan lain menggunakan jalan tersebut.


Bagaimanapun saksi bebas dan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan masih lagi dikesan bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Oleh Steve Annuar
Kategory Sarawak
Gambar: Media sosial

#UtusanBorneo
#infosemasa

Comments

Popular posts from this blog

Rozek kongsi resipi masakan di YouTube

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong