VIDEO: Lelaki lakukan perbuatan tidak senonoh atas motosikal





JAKARTA – Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dari sebuah rumah di Jakarta menunjukkan seorang lelaki mengekori dan mengintip seorang wanita sebelum duduk di atas motosikal mangsa dan melakukan perkara tidak senonoh, lapor laman berita Coconuts semalam.


Pemilik motosikal itu yang hanya dikenali sebagai B berkata, dalam kejadian pada Sabtu lalu itu, dia sedang menunggang motosikal untuk pulang ke rumahnya di selatan Jakarta apabila menyedari diekori oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.

B mulai berasa bimbang dan menunggang motosikalnya dengan laju untuk menakutkan lelaki itu.


“Apabila saya memberhentikan motosikal saya, lelaki itu juga turut berhenti. Saya menoleh ke belakang (ke arah lelaki itu) dan ternampak dia berpura-pura melihat ke arah rumah-rumah lain,” kata B.

Gadis berusia 18 tahun itu kemudian segera masuk ke dalam rumahnya, namun lelaki itu kemudiannya bergerak menghampiri motosikal B.

Dalam rakaman CCTV yang menjadi tular di media sosial, lelaki itu dilihat duduk di atas motosikal B sambil melakukan perkara tidak senonoh sebelum beredar dari situ beberapa minit kemudian.

B kemudian keluar daripada kediamannya dan terkejut apabila melihat cecair di atas tempat duduk motosikalnya.

“Saya masuk ke dalam rumah lalu menjerit dan menangis kerana terlalu terkejut,” kata gadis itu.

Insiden itu turut menyebabkan B trauma dan takut untuk keluar  rumah.

Sehingga kelmarin, dia dikatakan belum melaporkan perkara itu kepada pihak polis namun seorang pegawai dari daerah Pesanggrahan memaklumkan bahawa pihak polis akan menyiasat perkara tersebut. – AGENSI

Oleh KOSMO!
20 Oktober 2021, 7:30 pm
Video/gambar Twitter @ivannhidayat

#Kosmo
#infosemasa

Comments

Popular posts from this blog

Rozek kongsi resipi masakan di YouTube

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong