Batal niat bunuh diri kerana tidak tahan sejuk


SUNGAI SIPUT: Seorang lelaki yang mengikat dirinya pada sebatang pokok membatalkan niat membunuh diri kerana tidak mampu menahan sejuk dalam kejadian di Bukit Headwood, di sini hari ini.


Lelaki berusia lingkungan 40-an itu disyaki mengalami kemurungan itu dipercayai terikat pada pokok berkenaan sejak pukul 9 malam.


Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintenden Mohd. Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, pihaknya dimaklumkan kejadian itu oleh seorang penduduk yang mendengar jeritan lelaki terbabit pada pukul 7.45 pagi.


Katanya, pemeriksaan di lokasi menemukan seorang lelaki dalam keadaan terikat kaki dan tangan dengan rantai pada sebatang pokok.


“Siasatan mendapati lelaki itu mengikat dirinya sendiri sebelum mencampak anak kunci. Dia dipercayai melakukannya sejak pukul 9 malam.

“Ketika ditemukan, lelaki terbabit dalam keadaan lesu namun tiada sebarang kecederaan lain pada badanya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Menurut beliau, pihak bomba telah dihubungi bagi membantu membuka rantai tersebut.


“Lelaki dalam keadaan lemah itu dihantar ke Hospital Sungai Siput untuk rawatan lanjut,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Oleh ASLIZA MUSA
19 Oktober 2021, 3:33 pm
Gambar: Bomba

#UtusanOnline
#infosemasa

Comments

Popular posts from this blog

Rozek kongsi resipi masakan di YouTube

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong