VIDEO: Tukang gunting maut, kereta putus dua








KUALA SELANGOR – Seorang tukang gunting maut selepas kereta dipandunya terputus dua dalam kemalangan di Kilometer 28 Jalan Kuala Selangor – Kuala Lumpur di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, mangsa, Mohamad Zulkhairin Syazwan Abdullah, 22, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada anggota badan.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, kemalangan itu melibatkan tiga kenderaan termasuk kereta Proton Wira dipandu mangsa.

Katanya, Mohamad Zulkhairin yang memandu dari arah Bestari Jaya ke Sungai Buloh dipercayai bergesel dengan sebuah lagi Proton Wira di laluan sama.

“Ia kemudian mengakibatkan kereta mangsa hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan dan melambung memasuki laluan bertentangan.

“Kereta mangsa kemudian dilanggar sebuah Volkswagen Golf hingga menyebabkan terputus dua dan berpusing 50 meter dari tempat kejadian. Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.-K! ONLINE

Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED
18 Oktober 2021, 9:40 am
Video/gambar: Media sosial

#Kosmo
#infosemasa

Comments

Popular posts from this blog

Rozek kongsi resipi masakan di YouTube

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong