Konvoi motosikal ke Cameron Highlands bertukar tragedi


SEBERANG PERAI – Keterujaan sekumpulan pemuda berkonvoi ke Cameron Highlands bertukar tragedi apabila motosikal ditunggangi mereka bergesel sesama sendiri sehingga salah seorang terbunuh dalam kejadian di Kilometer 157.4 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat Nibong Tebal di sini hari ini.


Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, seorang pelajar kolej, Muhammad Zikrikhan Rizadhan, 18, terbunuh di tempat kejadian disyaki akibat kecederaan parah.


Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern, kejadian itu membabitkan empat buah motosikal jenis Yamaha Y15ZR dari arah Juru di sini menuju ke Cameron Highlands, Pahang.


“Siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah motosikal bergesel dengan motosikal mangsa di sebelah kanan sebelum bergesel dengan sebuah motosikal lain di sebelah kanan.


“Motosikal mangsa turut bergesel dengan motosikal keempat di sebelah kiri sebelum kesemua kenderaan itu terseret di atas jalan dan terhenti di lokasi kejadian,” katanya kepada pemberita hari ini.

Menurutnya Chong Chern, kesemua motosikal terlibat didapati berada di lorong kiri sebelum kemalangan berlaku.


“Akibat kejadian itu, mangsa maut di tempat kejadian dan punca kematian akan diperolehi selepas bedah siasat dibuat apabila keputusan ujian Covid-19 diperolehi.

“Tiga lagi penunggang berusia 19, 21 dan 23 tahun mengalami kecederaan, manakala kesemua motosikal yang terlibat mengalami kerosakan,” katanya lagi.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Oleh MOHD SYALMIZI HAMID
17 Oktober 2021, 11:16 pm
Gambar: Media sosial

#Kosmo
#infosemasa

Comments

Popular posts from this blog

Rozek kongsi resipi masakan di YouTube

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong