Ziyad raih emas Paralimpik dengan rekod dunia





PETALING JAYA – Sejarah tercipta di bumi Tokyo, Jepun apabila atlet olahraga para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli muncul rakyat Malaysia pertama berjaya mempertahankan pingat emas Sukan Paralimpik buat kali kedua berturut-turut.

Lebih manis, Ziyad memenangi pingat emas acara lontar peluru F20 Sukan Paralimpik Tokyo 2020 di Stadium Olimpik sebentar tadi dengan rekod dunia baharu menerusi lontaran sejauh 17.94 meter (m).

Catatan itu secara tidak langsung mengatasi rekod kebangsaan, 17.54m yang dilakukan oleh Adi Alifuddin Hussin di Palembang, Indonesia pada November 2011.

Kejayaan itu sememangnya hadiah yang cukup indah buat Malaysia yang menyambut Hari Kebangsaan ke-64 hari ini.

Pingat perak dan gangsa pula dimenangi dua atlet Ukraine, Maksym Koval dan Oleksandr Yarovyi masing-masing menerusi catatan sejauh 17.34m serta 17.30m. – K! ONLINE

Oleh MUHAMMAD ZUHAILY BADLISHAH
31 Ogos 2021, 7:26 pm
Video/gambar: Astro Arena

*****************************

[KEMASKINI] Pingat emas Ziyad ‘dirompak’ Ukraine

PETALING JAYA – Pingat emas Malaysia milik atlet olahraga para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 didakwa telah dibatalkan atas masalah teknikal.

Difahamkan, delegasi Ukraine telah membuat protes kepada pihak penganjur kerana mendakwa Ziyad lambat memasuki call room dan meminta agar membatalkan kemenangannya sejurus berakhir aksi final acara lontar peluru F20 di Stadium Olimpik sebentar tadi.

Ia sekali gus menyaksikan kemenangan Ziyad dengan catatan rekod dunia baharu menerusi lontaran sejauh 17.94 meter (m) dibatalkan serta merta dan ia turut tertera perkataan ‘DNS’ (Did not start) dalam laman web rasmi Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Bagaimanapun, wakil kontinjen negara juga dipercayai telah membuat bantahan semula terhadap pembatalan itu.

Bukan sahaja Ziyad, dua lagi atlet lain iaitu Todd Hodgetts (Australia) dan Congo Villalba Jordi Patricio (Ecuador) turut dibatalkan penyertaan mereka.

Jika mengikut kepada keputusan rasmi baharu di laman web berkenaan, pingat emas menjadi milik atlet Ukraine, Maksym Koval dengan catatan 17.34m, manakala perak dimenangi rakan senegaranya, Oleksandr Yarovyi (17.30m).

Pingat gangsa pula diberikan kepada atlet Greece, Efstratios Nikolaidis yang sebelum ini mengakhiri keputusan di tempat keempat berdasarkan keputusan awal. – K! ONLINE

Oleh MUHAMMAD ZUHAILY BADLISHAH
31 Ogos 2021, 8:24 pm
Video/gambar: Astro Arena

#Kosmo
#infosemasa

Comments

Popular posts from this blog

Rozek kongsi resipi masakan di YouTube

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong