21 maut bot penumpang, kapal kargo berlanggar


DHAKA: Sekurang-kurang 21 orang maut dan puluhan lagi dilaporkan hilang apabila sebuah bot sarat penumpang, berlanggar dengan sebuah kapal kargo mengangkut muatan pasir di sebuah tasik di timur Bangladesh, semalam.

Pentadbir kerajaan tempatan, Hayat-ud-Doula Khan, berkata bot terbabit dilaporkan membawa kira-kira 60 penumpang ketika insiden berlaku di tasik di Bijoynagar.

Beliau berkata, hujung kapal kargo itu berlanggar dengan bot terbabit, menyebabkan pengangkutan penumpang berkenaan terbalik.


"Kami sudah menemui 21 mayat, termasuk sembilan wanita serta enam kanak-kanak, setakat ini," katanya kepada AFP sambil tidak menolak kemungkinan angka korban akibat insiden itu bakal meningkat.

Sementara itu jurucakap bomba, Taufiqul Islam berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) giat dijalankan meliputi anggota pasukan penyelam serta penduduk setempat.

Polis pula memaklumkan, sekurang-kurang tujuh mangsa dibawa ke sebuah hospital untuk rawatan lanjut selepas berjaya diselamatkan.


Dalam pada itu, pihak berkuasa tempatan menubuhkan sebuah jawatankuasa siasatan bagi menyiasat nahas berkenaan. - AFP

August 28, 2021 @ 3:13pm
Gambar media sosial

#BeritaHarian
#infosemasa

Comments

Popular posts from this blog

Rozek kongsi resipi masakan di YouTube

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong