Hilang selepas ke kebun durian


JULAU: Seorang lelaki warga emas dilaporkan hilang selepas keluar ke kebun durian di seberang rumah panjangnya di Rumah Lidom, Sungai Enseluai, Nanga Nasi, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor Nicholas Belulin berkata, mangsa dikenali sebagai Sulau Bilong, 78, dikatakan keluar ke kebun menggunakan perahu pada jam 4.15 petang, yang bertempat di Sungai Nanga Ensulai, Batu 4, Jalan Lasi, KJD Julau.


"Namun hingga lewat petang, mangsa belum lagi balik ke rumah dan menyebabkan keluarga mangsa khuatir atas keselamatan mangsa.

"Berikutan itu, anak mangsa telah memaklumkan perkara tersebut kepada penduduk kampung dan memohon bantuan untuk mencari mangsa," katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Penduduk kampung telah berusaha mencari beliau namun gagal dan hanya menemui perahu yang digunakan mangsa untuk pergi ke kebun.


Menurut Nicholas, berdasarkan situasi tersebut, keluarga mangsa telah membuat laporan polis berkaitan dengan kehilangan mangsa.

"Dalam kejadian ini, penduduk kampung khuatir bahawa mangsa telah terjatuh ke dalam sungai memandangkan terdapat serpihan dahan kayu reput di dalam perahu tersebut ketika ia dijumpai oleh penduduk kampung.

"Sehubungan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa hari pertama telah diaktifkan bermula jam 10 pagi hari ini (Selasa)," ujar Nicholas lagi.

Oleh Kepu Sidi
Kategory Sarawak
Gambar: Bomba

#UtusanBorneo
#infosemasa

Comments

Popular posts from this blog

Rozek kongsi resipi masakan di YouTube

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong