Pegawai polis NS meninggal dunia akibat luka tembakan pada kepala

Markas Operasi Khas. (Gambar: Google Street View)

SINGAPURA: Seorang pegawai polis perkhidmatan negara (NS) sepenuh masa meninggal dunia pada Isnin (30 Ogos) selepas ditemui di Markas Operasi Khas (SOC) dengan luka tembakan pada kepalanya.

Pegawai NS berusia 21 tahun itu melaporkan diri di tempat kerja sekitar pukul 10.30 pagi dan mengambil pistolnya daripada tempat menyimpan senjata, dedah polis dalam satu kenyataan media hari ini (31 Ogos).

"Beliau kemudian ditemui seorang diri dengan luka tembakan pada bahagian kepala di sebuah tandas di SOC sekitar pukul 11.00 pagi. Pistol itu dijumpai di sebelahnya," menurut polis.

Beliau disahkan meninggal dunia sekitar pukul 11.20 pagi oleh paramedik di tempat kejadian.

Polis menyatakan ia mengklasifikasikan kes tersebut sebagai kematian luar biasa dan Jabatan Siasatan Jenayah sedang menyiasat kes tersebut.

Berdasarkan siasatan awal, polis menyatakan ia tidak mengesyaki sebarang perbuatan khianat.

"Polis mengucapkan sedalam-dalam takziah kepada keluarga pegawai perkhidmatan negara itu dan sedang membantu keluarganya pada masa-masa sedih ini." 

- CNA/SM/sm

31/8/2021 12:23

#BeritaMediaCorp
#infosemasa

Comments

Popular posts from this blog

Rozek kongsi resipi masakan di YouTube

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong