Bapa cedera ditikam anak

GAMBAR HIASAN

SARIKEI: Seorang bapa cedera di di bawah bahu kiri dipercayai ditikam oleh anak lelakinya menggunakan sebilah pisau.

Ketua Polis Daerah Sarikei Superintenden Awang Arfian Awang Bujang berkata, kejadian itu dilaporkan berlaku lebih kurang jam 10.19 malam, Jumaat lalu di sebuah rumah di kawasan Selalang, dekat sini.

"Dalam kejadian tersebut, mangsa, 53 tahun telah bertengkar dengan suspek yang berusia 21 tahun.

"Pertengkaran tersebut telah menyebabkan suspek menikam mangsa dengan menggunakan sebilah pisau," katanya ketika dihubungi pemberita, hari ini.

Pihak polis menerima laporan berkenaan kejadian tersebut jam 1.10 pagi Sabtu.

“Bertindak atas laporan tersebut, pihak polis menahan suspek.

“Suspek ditahan reman selama empat hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” ujar Awang Arfian.

Oleh Kepu Sidi
Kategory Sarawak

#UtusanBorneo
#infosemasa

Comments

Popular posts from this blog

Rozek kongsi resipi masakan di YouTube

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong