Hidupan makhluk asing mungkin ditemui dalam tiga tahun lagi

Planet yang mungkin dihuni makhluk asing itu digelar 'Neptuna mini'. - Getty Image

LONDON – Sekumpulan saintis yang mula melihat ke arah gugusan planet baharu di alam semesta mengandaikan bahawa hidupan makhluk asing bakal ditemui oleh manusia dalam tempoh dua atau tiga tahun lagi, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Ahli astronomi dari Universiti Cambridge, England melihat gugusan planet yang dipanggil hycean dan terletak dalam Galaksi Bima Sakti  dan mengandaikan bahawa satu daripadanya mungkin mempunyai keadaan yang sesuai untuk dihuni makhluk asing.

Planet yang digelar 'Neptuna mini' K2-18b itu lebih besar daripada Bumi, namun dilitupi lautan serta mempunyai tahap haba dan hidrogen yang mencukupi untuk menampung kehidupan.

Namun, selepas mendapati kadar metana dan amonia serta tanda-tanda wap air, saintis yakin planet K2-18b itu menyimpan rahsia semesta.

'Neptuna mini' terletak 124 tahun cahaya dari Bumi dan memiliki saiz sehingga lapan kali ganda lebih besar berbanding Bumi, namun memiliki jarak yang cukup jauh daripada bintang paling hampir dengannya yang membolehkan ia mengekalkan kehidupan pintar.

Ketua penyelidik, Dr. Nikku Madhusudhan berkata manusia mungkin akan mampu mengesan kehidupan pada planet sedemikian dalam tempoh beberapa tahun lagi.

“Hycean merupakan dunia penuh air yang dikelilingi atmosfera berhidrogen tinggi.

“Kami mengatakan bahawa dalam tempoh dua hingga tiga tahun lagi, kami akan mengesan biopenunjuk pertama sekiranya planet ini dihuni sesuatu yang hidup,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata perlu mendapatkan lebih banyak maklumat sebelum benar-benar yakin bahawa terdapat makhluk lain yang sama-sama menghuni semesta. -Agensi

Oleh KOSMO!
27 Ogos 2021, 9:30 pm

#Kosmo
#infosemasa

Comments

Popular posts from this blog

Rozek kongsi resipi masakan di YouTube

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong