Setahun jadi mangsa kerakusan bapa

GAMBAR HIASAN

KLANG – Penderitaan seorang pelajar perempuan menjadi mangsa pemuas nafsu bapa kandung selama setahun berakhir selepas suspek berjaya ditangkap di rumahnya di daerah ini, baru-baru ini.

Penangkapan suspek yang merupakan pemandu lori berusia 42 tahun itu dilakukan pukul 7 malam, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, kejadian rogol itu terbongkar apabila suspek bergaduh dengan isterinya dengan menyatakan telah tidur dengan anak tunggalnya berusia 15 tahun.

Katanya, ibu mangsa kemudian membawa anaknya membuat laporan polis sebelum suspek ditangkap pada hari sama.

“Berdasarkan laporan, kejadian berlaku pukul 1 pagi pada 1 Januari dengan suspek memasuki bilik mangsa sebelum merogolnya.

“Hasil siasatan lanjut mendapati pelajar perempuan itu dirogol sepanjang tahun 2020 hingga Januari tahun ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Beliau menambah, mangsa telah diugut agar tidak memaklumkan pelakuan jenayah seksual itu atau suspek akan membunuh ibunya.

Kata Shamsul Amar, ini menyebabkan mangsa berasa takut dan mendiamkan diri sehingga terus menjadi mangsa rogol bapa kandungnya sendiri.

“Semakan mendapati suspek mempunyai rekod lampau berkaitan ugutan dan kini direman selama tujuh hari.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 376 (B) Kanun Keseksaan,” jelasnya. – K!ONLINE

Oleh MOHD YUNUS YAKKUB
30 Ogos 2021, 2:30 pm

#Kosmo
#infosemasa

Comments

Popular posts from this blog

Rozek kongsi resipi masakan di YouTube

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong