Budak 2 tahun maut selepas terkena renjatan eletrik pengecas telefon

MANGSA, Sara Alves de Albuquerque (kiri).

BRAZIL: Seorang budak perempuan berusia dua tahun maut selepas terkena renjatan eletrik ketika menyentuh pengecas telefon bimbit.

Lapor Mirror, mangsa, Sara Alves de Albuquerque meninggal dunia di rumahnya di Erere, Brazil.

Mangsa dikejarkan ke hospital, namun, disahkan maut selepas pasukan perubatan berusaha menyelamatkan nyawa kanak-kanak itu.

Setakat ini, belum dikenal pasti jenama telefon bimbit tersebut atau dicas daripada jenama yang terkenal.

Datuk Bandar itu, Emanuelle Gomes Martins merakam takziah atas kematian kanak-kanak itu dalam Facebook.

Brazil merekodkan sebanyak 355 kes kematian akibat renjatan eletrik tahun lalu.

Oleh Media Mulia
27 Ogos 2021, 10:10 pm

#UtusanOnline
#infosemasa

Comments

Popular posts from this blog

Rozek kongsi resipi masakan di YouTube

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong