Mendy berdepan dakwaan merogol, lakukan serangan seksual

MENDY ketika beraksi bersama Man City. FOTO AFP

London: Mahkamah British hari ini menahan reman pertahanan Manchester City, Benjamin Mendy selepas dia didakwa dengan empat tuduhan merogol dan satu tuduhan melakukan serangan seksual.

Pemain berusia 27 tahun itu hadir di Mahkamah Majistret Chester di barat laut England untuk menghadapi tuduhan yang dikemukakan oleh tiga pengadu.

Insiden itu didakwa berlaku antara Oktober 2020 sehingga Ogos 2021.

Pemain antarabangsa Perancis itu mengenakan hoodie merah dan seluar hitam ketika berdiri di kandang pertuduhan.

Dia didakwa menyerang wanita berkenaan, yang berusia di bawah 18 tahun, di rumahnya di Prestbury, Cheshire.

Hakim Jack McGarva merujuk kes itu ke Mahkamah Tinggi Chester, di mana Mendy akan hadir pada 10 September.

City menggantung Mendy selepas polis mengesahkan dia akan didakwa.

"Perkara itu berkaitan proses perundangan dan oleh itu kelab tidak dapat memberikan komen lebih lanjut sehinggalah segala proses selesai," kata City dalam satu kenyataan.

Disiarkan pada: August 27, 2021 @ 9:47pm
Oleh AFP

#HarianMetro
#infosemasa

Comments

Popular posts from this blog

Rozek kongsi resipi masakan di YouTube

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong