Sudah 5 hari warga emas meninggal


SEREMBAN: Bau busuk dihidu jiran dari sebuah unit di Flat Dahlia, Seremban 2, di sini, membawa kepada penemuan mayat wanita warga emas, hari ini.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim, berkata pemeriksaan mendapati wanita berusia 69 tahun itu dipercayai sudah meninggal dunia lebih lima hari lalu.

"Bilik Gerakan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seremban menerima panggilan daripada seorang lelaki memaklumkan bau busuk dikesan dari sebuah rumah di Flat Dahlia, di sini.

"Polis ke lokasi kejadian dan mendapati pintu rumah dikunci sebelum polis mendapatkan bantuan bomba bagi membuka pintu rumah berkenaan," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Selepas pintu dibuka, pihaknya mendapati mayat wanita berada dalam keadaan tertiarap di bilik tidur.

"Pemeriksaan pada tubuh wanita itu dan kawasan rumah mendapati tiada sebarang unsur jenayah yang boleh dikaitkan dengan kematiannya.

"Pihak perubatan tiba dan mengesahkan mangsa meninggal dunia lebih daripada lima hari. Usaha sedang dijalankan bagi mengesan waris wanita itu kerana dia tinggal bersendirian di rumah," katanya.

Mohd Said berkata, mayat dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Ahmad Hasbi
bhnews@bh.com.my
August 31, 2021 @ 4:00pm
Gambar: Bomba

#BeritaHarian
#infosemasa

Comments

Popular posts from this blog

Rozek kongsi resipi masakan di YouTube

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong