DIKEMASKINI: Pemuda maut diseret lori 50 meter


KLANG – Seorang pemuda maut selepas diseret lori sejauh 50 meter dalam kejadian kemalangan di Batu 3, Jalan Meru di sini, hari ini.

Kejadian tragis pukul 1.08 tengah hari itu berlaku ketika lelaki berusia 24 tahun tersebut dalam perjalanan dari arah Meru menghala ke bandar ini.



Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh berkata, mangsa yang menunggang motosikal Modenas Kriss dipercayai cuba memotong sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X50.

“Bagaimanapun, motosikal itu dikatakan bergesel bahagian kanan belakang SUV berkenaan lalu terjatuh.






“Mangsa kemudiannya dilanggar sebuah lori dan diseret sejauh 50 meter,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat. – K!ONLINE

Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED
28 Ogos 2021, 7:09 pm
Video/gambar: Media sosial

#Kosmo
#infosemasa

Comments

Popular posts from this blog

Rozek kongsi resipi masakan di YouTube

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong