Warga asing berjalan ke PPV meninggal dunia


Keningau: Lelaki warga asing meninggal dunia ketika berehat di bawah pokok sebelum memasuki pekarangan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Kompleks Sukan Keningau di sini, untuk mendapatkan vaksin Covid-19.

Difahamkan, ketika kejadian 9.30 pagi hari ini, mangsa berusia 57 tahun baru tiba dan melepaskan lelah di bawah pokok di hadapan pusat itu selepas berjalan dari rumahnya di Kampung Pampang di sini.


Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Shahrudin Mat Husain berkata, siasatan awal mendapati mangsa menghadiri PPV itu mengikut janji temu daripada MySejahtera.

"Semasa duduk berehat, mangsa dilaporkan tiba-tiba rebah dan sepasukan pegawai perubatan Hospital Keningau hadir ke lokasi bagi memberi bantuan kecemasan.


"Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia dan dibawa ke Hospital Keningau untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Shahrudin berkata, tiada sebarang unsur jenayah dikesan dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.


Terdahulu, kisah lelaki itu tular di media sosial yang mendakwa dia meninggal dunia ketika menunggu giliran untuk divaksin.


Disiarkan pada: August 22, 2021 @ 6:34pm
Oleh Juwan Riduan
am@hmetro.com.my
Gambar: PDRM / Media sosial


#HarianMetro
#infosemasa

Comments

Popular posts from this blog

Rozek kongsi resipi masakan di YouTube

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong