Anggota tentera hilang terjatuh dalam Sungai Pahang


BERA – Seorang anggota tentera yang yang terlibat dalam latihan Eksesais Para Predator di pesisir Sungai Pahang berhampiran Kampung Batu Bor di sini dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Pahang semalam.

Difahamkan dalam kejadiaan kira-kira pukul 4.40 petang itu mangsa yang berumur 27 tahun dan berasal dari Kedah terjatuh ke sungai ketika melakukan aktiviti penyusupan dan penyeberangan sungai.


Susulan itu ,operasi mencari dan menyelamat mangsa yang berasal dari Kedah mula digerakkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia kira-kira pukul 5.40 petang semalam sebelum ditangguhkan pada pukul 7 petang.

Sementara itu adik mangsa, Noorsuhada Mohamad Isa,24, berkata, dia mengetahui mengenai kejadian itu selepas dihubungi isteri mangsa yang tinggal di Melaka petang semalam.


“Kali terakhir saya bertemu dengan abang pada awal tahun ini di kampung, saya mohon didoakan agar abang dapat ditemui dalam operasi mencari dan menyelamat,”katanya.


Eksesais Para Predator merupakan salah satu eksesais yang dilaksanakan Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui 10 Briged (PARA) yang berpengkalan di Kem Terendak, Melaka.

Ekksesais berskala besar selama 14 hari itu melibatkan seramai 1,894 anggota tentera dengan 151 aset logistik Tentera Darat Malaysia. -K! ONLINE



Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN
30 Ogos 2021, 11:38 am
Gambar media sosial

#Kosmo
#infosemasa

Comments

Popular posts from this blog

Rozek kongsi resipi masakan di YouTube

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong