[DIKEMASKINI] Lelaki ditemui mati di Jalan FAC Matang


KUCHING: Seorang lelaki ditemui mati dipercayai terlibat dalam kemalangan di Jalan FAC Matang, di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan DSP Lim Jaw Shyong berkata mangsa dikenali sebagai Danny Muyang berusia 34 tahun dan beralamatkan dari Rumah Mamat, Sungai Belawai, Kapit.


Menurutnya, mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di tepi jalan raya tersebut pada jam 9.30 pagi.

"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku sekitar jam 7.30 pagi dan dipercayai mangsa hilang kawalan lalu terbabas dan tercampak ke bahu jalan.

"Akibat kejadian, mangsa mengalami kecederaan parah di dada serta kaki dan disahkan meninggal dunia selepas diperiksa anggota paramedik," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.


Tambahnya, mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk tindakan selanjutnya.

Siasatan lanjut masih dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan  1987.

"Orang ramai yang mengetahui atau melihat kemalangan tersebut dimohon tampil membantu polis dalam siasatan," katanya.

Untuk sebarang maklumat berkaitan kemalangan tersebut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat  Inspektor Mohd Nur Alif Abd Rahman di talian 017-2464933 atau penolongnya Sarjan Awang Taib Awang Bojeng (013-8168566).

Oleh Jeremy Lanson
Kategory Sarawak
Gambar media sosial

#UtusanBorneo
#infosemasa
     

Comments

Popular posts from this blog

Rozek kongsi resipi masakan di YouTube

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong