Taji ayam sabung makan tuan

Gambar tular di media sosial

Bintulu: Seorang lelaki maut terkena taji ayam laga sendiri ketika lakukan aktiviti sabung ayam di kebun kelapa sawit di kawasan Batu 21, Jalan Bintulu-Miri di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Zulkipli Suhaili berkata, dalam insiden jam 2.30 petang itu, mangsa lelaki tempatan berusia 42 tahun itu sedang mengikat taji pada bahagian kaki ayam sabung miliknya.

"Sebaik melepaskannya, ayam sabung terbabit meluru ke arah mangsa lalu mencederakan pehanya," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.



Mangsa yang cedera parah itu kemudiannya dihantar ke Hospital Bintulu sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 7.29 malam akibat mengalami pendarahan yang banyak.

Katanya, polis mengklasifikasikan kes ini sebagai kes mati mengejut (SDR).

Sehubungan itu katanya, polis menahan enam lelaki tempatan berusia antara 31 hingga 53 tahun pada jam 1.30 tengah hari tadi dipercayai terbabit dalam aktiviti sabung ayam itu bagi membantu siasatan dan akan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Majistret Bintulu esok bagi membantu siasatan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan, seksyen 3(1) Langkah-Langkah Pencegahan Penganiayaan Terhadap Haiwan 1952 dan Peraturan 17 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021.

"Bagi kesalahan sabung ayam, kesemua suspek berhadapan dengan hukuman penjara tiga bulan atau denda sebanyak RM1,000," katanya.

Beliau berkata, bagi kesalahan cuai iaitu dengan sengaja merebakkan apa-apa jangkitan penyakit yang berbahaya kepada nyawa boleh dihukum penjara enam bulan atau denda atau keduanya manakala perbuatan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semua suspek berhadapan dengan kompaun tidak lebih RM50,000 jika disabit salah.

Disiarkan pada: August 30, 2021 @ 7:43pm

Oleh Erika George
am@hmetro.com.my
Gambar media sosial

#HarianMetro
#infosemasa

Comments

Popular posts from this blog

Rozek kongsi resipi masakan di YouTube

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong