Maut terkena renjatan elektrik kabel utama


SIBU : Seorang pemuda maut terkena renjatan elektrik di Kampung Hilir, di sini, malam tadi.

Mangsa, Syazwan Saifullah Roslan, 22, terkena renjatan elektrik pada kabel utama di atas bumbung sebuah rumah.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 10.27 malam.

Sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan itu.

"Setibanya di lokasi, komander operasi melakukan pemeriksaan dan mendapati seorang mangsa lelaki berada di atas bumbung rumah yang sudah terkena renjatan elektrik pada kabel elektrik utama.

"Bomba kemudian bertindak menghubungi pihak SESCO bagi memutuskan bekalan elektrik," katanya.

Menurutnya, selepas bekalan elektrik diputuskan, bomba menurunkan mangsa untuk diperiksa oleh pihak paramedik yang turut berada di lokasi.

"Pihak paramedik mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Mohd Roji Kawi
mdroji@nstp.com.my
August 31, 2021 @ 9:50am
Gambar: Bomba

#BeritaHarian
#infosemasa

Comments

Popular posts from this blog

Rozek kongsi resipi masakan di YouTube

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong