Penunggang motosikal maut selepas tersepit dibawah lori.


KUCHING: Seorang penunggang motosikal maut akibat tersepit dibawah tayar sebuah lori berhadapan dengan stesen pam minyak Petronas Batu 8 di Jalan Kuching-Serian, sebentar tadi.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, kejadian berlaku sekitar jam 8.25 pagi.

Difahamkan, mangsa seorang lelaki tempatan berusia 54 tahun, terlibat dalam kemalangan jalan raya membabitkan sebuah motosikal dan lori tanker.


Mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan KKM yang berada di lokasi kejadian.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Gambar: Sana Sini Sinun

#BilikBeritaCATS
#catsfm
#infosemasa

Comments

Popular posts from this blog

Rozek kongsi resipi masakan di YouTube

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong