Wanita jumpa batu berukir wajah Lord Voldemort

Batu yang berukir wajah watak antagonis filem Harry Potter iaitu Lord Voldemort yang ditemui Halkerston di tepi pantai. - Nikki Halkerston / SWNS

EDINBURGH, Scotland – Seorang wanita di Scotland terkejut apabila menemui sebiji batu yang kelihatan seperti wajah karakter antagonis dalam filem fiksyen terkenal, Harry Potter iaitu Lord Voldemort.

Menurut laporan akhbar Daily Star semalam, Nikki Halkerston ,45, memberitahu dia terjumpa batu itu ketika bersiar-siar di tepi laut selepas menghantar anaknya ke sekolah.


Sebaik sahaja melihat batu unik tersebut, Halkerston terus teringat pada watak jahat itu dan mengutipnya untuk dijadikan perhiasan di dapur rumahnya.

“Ukiran wajah pada batu itu sangat jelas seperti Lord Voldemort kerana apabila terpandangnya, saya tidak memikirkan orang lain.

“Walaupun saya bukanlah peminat fanatik filem Harry Potter tetapi saya mahu menyimpannya sebagai koleksi peribadi,” katanya. – Agensi

Oleh KOSMO!
28 Ogos 2021, 10:00 pm

#Kosmo
#infosemasa

Comments

Popular posts from this blog

Rozek kongsi resipi masakan di YouTube

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong