Enam cedera dalam kemalangan di Sri Aman


SRI AMAN: Seramai enam individu dikejarkan ke Hospital Sri Aman untuk mendapatkan rawatan selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 6 Sabu, Jalan Sri Aman-Serian hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 9.22 pagi.

Menurutnya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman terus ke lokasi kejadian untuk kerja-kerja menyelamat.

"Setiba di lokasi kejadian didapati kemalangan melibatkan dua buah kereta yang berlanggar di mana sebuah kereta dinaiki dua lelaki dan satu lagi kereta dinaiki dua lelaki serta dua wanita.


"Pasukan bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dan kemudian diserahkan kepada pihak ambulan untuk tindakan selanjutnya," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Hadir sama di lokasi kejadian ialah anggota dari Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) dan petugas Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM).

Oleh Jeremy Lanson
Kategory Sarawak
Gambar: Bomba

#UtusanOnline
#infosemasa

Comments

Popular posts from this blog

Rozek kongsi resipi masakan di YouTube

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong