`Influencer’ maut ketika jalani pembedahan kosmetik hidung

Marina Lebedeva

MOSCOW: Seorang personaliti media sosial atau influencer maut ketika menjalani pembedahan kosmetik hidung di sebuah klinik surgeri plastik terkenal di Rusia.

Lapor The Sun, Marina Lebedeva melakukan pembedahan plastik rhinoplasty yang berharga 4,000 pound (RM23,063) untuk mencantikkan bentuk hidungnya.

Wanita berusia 31 tahun itu menjalani pembedahan kosmetik itu di sebuah klinik swasta yang terletak di bandar St Petersburg.

Berdasarkan laporan, semasa pembedahan kosmetik itu, suhu badan Lebedeva naik mendadak secara tiba-tiba yang mungkin disebabkan reaksi terhadap ubat bius.

Klinik swasta itu kemudian menghubungi ambulans sebaik sahaja menyedari Lebedeva mengalami masalah.

Wanita itu meninggal dunia ketika pakar bedah plastik dan pasukan paramedik berusaha untuk menyelamatkannya.

Satu video merakam pembedahan kosmetik Lebedeva yang didedahkan oleh RenTV, akan digunakan sebagai bukti oleh pihak berkuasa.

Kertas siasatan kes jenayah berkaitan kecuaian perubatan telah dibuka.

Pakar bedah berdepan hukuman penjara sehingga enam tahun sekiranya didapati bersalah.

Sementara itu, Pengarah klinik, Alexander Efremov berkata, pesakit itu telah melakukan beberapa ujian kesihatan sebelum menjalani pembedahan kosmetik hidung.

Beliau mendakwa ujian tersebut dilakukan oleh pegawai perubatan yang berkelayakan tinggi.

Efremov percaya kematian Lebedeva mungkin disebabkan keadaan genetik. – AGENSI

Oleh Media Mulia
29 Ogos 2021, 10:00 pm

#UtusanOnline
#infosemasa

Comments

Popular posts from this blog

Rozek kongsi resipi masakan di YouTube

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong