Posts

Showing posts from August, 2021

Wanita campak dua anak dalam perigi sebelum bunuh diri

Image
GAMBAR HIASAN NEW DELHI: Seorang wanita di Kampung Parva, daerah Chhatarpur, Madhya Pradesh didakwa mencampak dua anak perempuannya ke dalam perigi, sebelum membunuh dirinya sendiri selepas berlaku perbalahan dengan ibu mentuanya berhubung telefon bimbit. Lapor India Today, wanita berusia 33 tahun itu serta anaknya berumur 10 tahun disahkan maut, manakala, anak bongsunya terselamat dalam kejadian tersebut. Pegawai Polis daerah, Shashank Jain berkata, mangsa berusia 10 tahun itu terselamat selepas tersangkut di bahagian dinding perigi. Katanya, pihaknya masih menyiasat punca kejadian kerana ada dakwaan mengatakan ibunya keluar dari rumah untuk memberi makanan kepada lembu peliharaannya selain pertengkaran melalui telefon bimbit itu. Menurut penduduk kampung, ibu mentua mangsa dikatakan merampas telefon bimbit wanita itu sehingga mencetuskan ketegangan. Oleh Media Mulia 31 Ogos 2021, 11:00 pm #UtusanOnline #infosemasa

Kanak-kanak terselamat kayu tembusi kantung skrotum

Image
GAMBAR: Urology Case Reports JAKARTA – Seorang kanak-kanak terselamat selepas sebatang kayu sepanjang lima sentimeter menembusi kantung buah zakarnya selepas dia terjatuh dari sebatang pokok, lapor akhbar The Sun semalam. Kanak-kanak berusia 11 tahun itu dilaporkan sembuh sebulan selepas insiden tersebut meskipun  kehilangan beberapa milimeter daripada testikelnya. GAMBAR: Urology Case Reports Ketika kejadian, dia sedang memanjat sebatang pokok, namun hilang imbangan secara tiba-tiba yang  mengakibatkannya terjatuh. Kanak-kanak berkenaan dikejarkan ke hospital empat jam selepas kemalangan berlaku. Gambar hasil imbasan doktor menunjukkan terdapat sebatang kayu  menembusi bahagian bawah kiri skrotum kanak-kanak terbabit. Doktor turut mengimbas bahagian tersebut bagi mengesahkan bahawa testikelnya tidak mengalami kerosakan sebelum mengeluarkan kayu tersebut. Sebaik kayu itu dicabut, kanak-kanak berkenaan diberikan ubat  antibiotik dan suntikan tetanus bagi m

Syaki dicurangi, lelaki jahit kemaluan isteri guna benang aluminium

Image
GAMBAR HIASAN MADHYA PRADESH: Seorang lelaki bertindak kejam apabila menjahit kemaluan isterinya selepas menyangka wanita itu berlaku curang terhadapnya. Insiden itu berlaku di daerah Singrauli dan doktor yang memeriksa wanita tersebut mengesahkan kemaluannya cedera akibat dijahit oleh suaminya. Hospital kemudiannya melaporkan kejadian itu kepada polis dan suami wanita tersebut kini menjadi buruan pihak berkuasa. Bagaimanapun, wanita itu merayu kepada polis supaya tidak menahan suaminya, sebaliknya hanya menegur atau memarahi lelaki tersebut. Jurucakap polis Singrauli, Anil Sonkar berkata, polis masih mengesan lelaki tersebut dan dia tetap akan ditahan kerana melakukan penderaan domestik. “Suspek yang berusia 22 tahun didakwa mengikat tangan isterinya sebelum menjahit kemaluan wanita itu menggunakan benang alumininum. “Walaupun isterinya merayu jangan dicederakan, suspek tetap melakukan perbuatan itu, selain memukulnya sebelum melarikan diri,” kata Sonkar. Selepas i

KEMASKINI: Pemandu rentung, kereta terbakar

Image
HULU SELANGOR – Pemandu kereta rentung selepas kereta yang dipandunya terbakar dalam kemalangan di Kilometer (km) 407 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, dekat sini hari ini. Kereta model Sangyong yang dipandu mangsa disyaki terbabas sebelum merempuh lori dan penghadang jalan. Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, bomba menerima panggilan kecemasan berkenaan kejadian kira-kira pukul 5.14 petang. “Lapan anggota bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Malim dan BBP Sentosa dikejarkan ke lokasi. “Sebaik tiba di lokasi kejadian, petugas mendapati kebakaran berlaku melibatkan kereta jenis Ssangyong yang terbakar selepas terbabit dalam kemalangan,” ujarnya dalam kenyataan hari ini. Menurut beliau, kereta dipandu mangsa dipercayai terbabas lalu melanggar sebuah lori dan penghadang jalan di lokasi. “Kemalangan menyebabkan mangsa tersepit di tempat duduk dan kerja-kerja mengeluarkan mangsa dilakukan selepas api dipadamkan. Setakat in

Ziyad raih emas Paralimpik dengan rekod dunia

Image
PETALING JAYA – Sejarah tercipta di bumi Tokyo, Jepun apabila atlet olahraga para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli muncul rakyat Malaysia pertama berjaya mempertahankan pingat emas Sukan Paralimpik buat kali kedua berturut-turut. Lebih manis, Ziyad memenangi pingat emas acara lontar peluru F20 Sukan Paralimpik Tokyo 2020 di Stadium Olimpik sebentar tadi dengan rekod dunia baharu menerusi lontaran sejauh 17.94 meter (m). Catatan itu secara tidak langsung mengatasi rekod kebangsaan, 17.54m yang dilakukan oleh Adi Alifuddin Hussin di Palembang, Indonesia pada November 2011. Kejayaan itu sememangnya hadiah yang cukup indah buat Malaysia yang menyambut Hari Kebangsaan ke-64 hari ini. Pingat perak dan gangsa pula dimenangi dua atlet Ukraine, Maksym Koval dan Oleksandr Yarovyi masing-masing menerusi catatan sejauh 17.34m serta 17.30m. – K! ONLINE Oleh MUHAMMAD ZUHAILY BADLISHAH 31 Ogos 2021, 7:26 pm Video/gambar: Astro Arena ***************************** [KEMASKINI] Pinga

Hilang selepas ke kebun durian

Image
JULAU: Seorang lelaki warga emas dilaporkan hilang selepas keluar ke kebun durian di seberang rumah panjangnya di Rumah Lidom, Sungai Enseluai, Nanga Nasi, semalam. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor Nicholas Belulin berkata, mangsa dikenali sebagai Sulau Bilong, 78, dikatakan keluar ke kebun menggunakan perahu pada jam 4.15 petang, yang bertempat di Sungai Nanga Ensulai, Batu 4, Jalan Lasi, KJD Julau. "Namun hingga lewat petang, mangsa belum lagi balik ke rumah dan menyebabkan keluarga mangsa khuatir atas keselamatan mangsa. "Berikutan itu, anak mangsa telah memaklumkan perkara tersebut kepada penduduk kampung dan memohon bantuan untuk mencari mangsa," katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini. Penduduk kampung telah berusaha mencari beliau namun gagal dan hanya menemui perahu yang digunakan mangsa untuk pergi ke kebun. Menurut Nicholas, berdasarkan situasi tersebut, keluarga mangsa telah membuat laporan polis berkaitan d

Pegawai polis NS meninggal dunia akibat luka tembakan pada kepala

Image
Markas Operasi Khas. (Gambar: Google Street View) SINGAPURA: Seorang pegawai polis perkhidmatan negara (NS) sepenuh masa meninggal dunia pada Isnin (30 Ogos) selepas ditemui di Markas Operasi Khas (SOC) dengan luka tembakan pada kepalanya. Pegawai NS berusia 21 tahun itu melaporkan diri di tempat kerja sekitar pukul 10.30 pagi dan mengambil pistolnya daripada tempat menyimpan senjata, dedah polis dalam satu kenyataan media hari ini (31 Ogos). "Beliau kemudian ditemui seorang diri dengan luka tembakan pada bahagian kepala di sebuah tandas di SOC sekitar pukul 11.00 pagi. Pistol itu dijumpai di sebelahnya," menurut polis. Beliau disahkan meninggal dunia sekitar pukul 11.20 pagi oleh paramedik di tempat kejadian. Polis menyatakan ia mengklasifikasikan kes tersebut sebagai kematian luar biasa dan Jabatan Siasatan Jenayah sedang menyiasat kes tersebut. Berdasarkan siasatan awal, polis menyatakan ia tidak mengesyaki sebarang perbuatan khianat. "Polis mengucap

Lelaki pukul 'pak guard' di Ipoh bukan Ketua Armada Bersatu Kota Bharu

Image
Gambar tular di media sosial Kota Bharu: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyelesaikan isu berkaitan seorang lelaki yang didakwa memukul hingga menyebabkan kematian seorang pengawal keselamatan di sebuah kondominium di Ipoh, Perak, Disember lalu. Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu merangkap Ketua Bahagian Bersatu Kota Bharu, Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi berkata, biar isu itu diselesaikan pihak polis, undang-undang dan kehakiman negara yang terbukti telus. Katanya, semoga keadilan dapat dicapai kepada keluarga mangsa melalui proses perundangan. "Kita serahkan kepada pihak polis dan sistem perundangan serta kehakiman negara. Daripada maklumat kita ada, lelaki itu adalah ahli Bersatu Perak. "Dia bukan Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu Kota Bharu atau ahli Bersatu Kota Bharu kerana sudah tidak aktif dengan parti ini di bahagian negeri atau pusat," katanya ketika ditemui di pejabat Ber

VIDEO: Kematian pengawal keselamatan diklasifikasi kes bunuh

Image
Tangkap layar video yang tular IPOH – Polis mengklasifikasikan semula kejadian pengawal keselamatan diserang seorang lelaki di sebuah kondominium tahun lalu sebagai kes bunuh susulan kematian mangsa pada Jumaat lalu. Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya sudah merujuk semula kes berkenaan kepada Timbalan Pendakwa Raya semalam dengan mencadangkan pertuduhan yang lebih tinggi dikenakan terhadap suspek. Menurut beliau, polis mengkelaskan semula kes tersebut untuk disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh pada hari sama kematian mangsa yang membawa hukuman gantung sampai mati jika bersalah. Siaran media Ketua Polis Perak “Bagaimana pun, kes ini masih lagi menunggu arahan selanjutnya daripada pihak pendakwa raya. “Justeru, polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes ini bagi elak mendatangkan keresahan dan kemarahan masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan di sini. Medi

Sudah 5 hari warga emas meninggal

Image
SEREMBAN: Bau busuk dihidu jiran dari sebuah unit di Flat Dahlia, Seremban 2, di sini, membawa kepada penemuan mayat wanita warga emas, hari ini. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim, berkata pemeriksaan mendapati wanita berusia 69 tahun itu dipercayai sudah meninggal dunia lebih lima hari lalu. "Bilik Gerakan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seremban menerima panggilan daripada seorang lelaki memaklumkan bau busuk dikesan dari sebuah rumah di Flat Dahlia, di sini. "Polis ke lokasi kejadian dan mendapati pintu rumah dikunci sebelum polis mendapatkan bantuan bomba bagi membuka pintu rumah berkenaan," katanya ketika dihubungi, hari ini. Selepas pintu dibuka, pihaknya mendapati mayat wanita berada dalam keadaan tertiarap di bilik tidur. "Pemeriksaan pada tubuh wanita itu dan kawasan rumah mendapati tiada sebarang unsur jenayah yang boleh dikaitkan dengan kematiannya. "Pihak perubatan tiba dan mengesahkan mangsa m

Warga emas maut dirempuh motosikal

Image
KOTA BHARU – Seorang warga emas maut selepas dirempuh sebuah motosikal ketika sedang melintas jalan untuk ke farmasi di Jalan Kuala Krai dekat Wakaf Che Yeh di sini semalam. Dalam kejadian kira- kira pukul 7.30 petang itu, mangsa, Muhammad Jusoh@Yusoff, 72, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada anggota badan dan patah kaki kanan. Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, siasatan awal mendapati, kejadian berlaku ketika mangsa yang merupakan pesara kerajaan sedang melintas jalan dari arah kiri ke kanan jalan untuk ke kedai farmasi. Menurutnya, sewaktu mangsa melintas jalan, sebuah motosikal jenis Yamaha 125ZR yang ditunggang seorang lelaki berusia 22 tahun melalui jalan tersebut. “Ekoran jarak yang terlalu dekat, lelaki itu gagal mengawal motosikal yang ditunggangnya selepas menyedari mangsa melintas secara mengejut. “Insiden itu menyebabkan motosikal berkenaan tidak sempat m

Maut terkena renjatan elektrik kabel utama

Image
SIBU : Seorang pemuda maut terkena renjatan elektrik di Kampung Hilir, di sini, malam tadi. Mangsa, Syazwan Saifullah Roslan, 22, terkena renjatan elektrik pada kabel utama di atas bumbung sebuah rumah. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 10.27 malam. Sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan itu. "Setibanya di lokasi, komander operasi melakukan pemeriksaan dan mendapati seorang mangsa lelaki berada di atas bumbung rumah yang sudah terkena renjatan elektrik pada kabel elektrik utama. "Bomba kemudian bertindak menghubungi pihak SESCO bagi memutuskan bekalan elektrik," katanya. Menurutnya, selepas bekalan elektrik diputuskan, bomba menurunkan mangsa untuk diperiksa oleh pihak paramedik yang turut berada di lokasi. "Pihak paramedik mengesahkan mangsa meninggal dunia di

Warga emas selesai kuarantin Covid-19 maut, ambulans terbabas

Image
Pekan: Seorang warga emas yang baru selesai menjalani kuarantin Covid-19 maut selepas ambulans dinaikinya hilang kawalan dan terbabas ke longkang di Kilometer 21 Jalan Pekan-Batu Balik, di sini. semalam. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata mangsa, lelaki warga tempatan berusia 74 tahun disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Pekan, 10.20 malam tadi. "Kemalangan dipercayai berlaku pada 4.15 petang semasa ambulans yang dalam perjalanan menghantar mangsa yang tamat tempoh kuarantin di Hospital Pekan pulang ke rumahnya di Felda Chini, terbabas semasa melalui jalan yang sedang dinaik taraf. "Kemalangan juga menyebabkan pemandu ambulans dan jururawat yang berada dalam kenderaan itu cedera ringan," katanya semasa dihubungi di sini, hari ini. Kamarulzaman berkata, mangsa adalah pesakit lelah kronik menjalani kuarantin di Hospital Pekan setelah disahkan seb

VIDEO: Ibu dera anak bertindak rakam video

Image
Tangkap layar video yang tular New Delhi: Seorang ibu di India bukan sahaja tergamak mendera bayinya, malah turut merakam perbuatan itu sebelum video mengenainya tular di media sosial hingga mengundang kemarahan orang ramai. Thulasi, 22, berkahwin dengan pasangannya, Vadivazhagan empat tahun lalu dan menetap di perkampungan Mottur di Tamil Nadu. Mereka dikurniakan dua anak. Bagaimanapun, pasangan itu kerap bergaduh menyebabkan Vadivazhagan menghantar isteri dan anaknya ke rumah keluarga di Andhra Pradesh. India Today melaporkan Thulasi menumbuk anaknya berusia 18 bulan hingga berdarah hidung dan mulut dan lebih mengejutkan apabila dia sering mendera bayi terbabit serta merakam perbuatannya menggunakan telefon bimbit. Dalam video yang lain, Thulasi dilihat mengetuk kaki bayinya selain belakang badan kanak-kanak itu lebam dipercayai dipukul dengan teruk. Apabila ahli keluarga Thulasi melihat video terbabit, mereka memaklumkannya kepada Vadivazhagan yang kemudian mengamb

DIKEMASKINI: Lelaki parah kena tetak semasa beli laksa

Image
Tangkap layar video tular di media sosial SEBERANG PERAI – Seorang pekerja kilang cedera parah selepas diserang beberapa lelaki dipercayai bersenjata tajam semasa sedang membeli laksa di sebuah gerai di Taman Merak, Simpang Ampat di sini semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 7 petang itu, mangsa, lelaki berusia 25 tahun tersebut dipercayai diserang oleh enam individu yang memakai topeng muka. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern berkata, mangsa dikatakan pergi ke sebuah gerai untuk membeli laksa sebelum saksi melihat dia berlari masuk ke dalam kawasan perniagaan tapak pasar malam. “Mangsa dikatakan dikejar oleh beberapa lelaki yang pakai baju lengan pendek dan bersarung muka. “Saksi mendakwa mangsa ditetak di tepi jalan semasa berlari dan terjatuh ke atas tanah sebelum diserang lagi oleh suspek,” katanya kepada pemberita hari ini. Beliau berkata, sejurus suspek beredar, mangsa telah dikejarkan ke Hospital Sungai Bakap, Nibong Teba

'Saya wanita tulen'

Image
Pasir Mas: "Saya bukan lelaki tetapi wanita tulen," kata Che Halimah Che Mood, 62, warga emas yang dikatakan 'pelik' kerana wajahnya mempunyai misai dan janggut. Che Halimah yang diserang angin ahmar sejak lapan tahun lalu mengakui hidupnya dibelenggu masalah itu sejak di usia awal 20-an menyebabkan dia perlu bercukur dua atau tiga kali seminggu agar kelihatan seperti wanita biasa. Dia yang pernah menempuh kegagalan rumah tangga sebanyak dua kali berkata, sudah berjumpa doktor untuk mengetahui punca masalah dan disahkan mempunyai kadar hormon testosteron yang tinggi. "Selama berpuluh-puluh tahun saya perlu bercukur agar tidak dipandang aneh oleh orang sekeliling. Namun, kini keadaan semakin teruk apabila saya diserang angin ahmar menyebabkan lumpuh separuh badan sebelah kiri. "Saya tidak mempunyai anak untuk menumpang kasih. Nasib baik adik, Mohammad Kamaruddin Abdullah, 42, dan isterinya, Nur Asmira Che Hussin, 36, sanggup menjaga segala makan d

Video tular lelaki maut jatuh di lantai hospital diabaikan

Image
Tangkap layar video yang tular di media sosial Sungai Petani: Video berdurasi 37 saat memaparkan pesakit lelaki berusia 60-an terjatuh di lantai sebelum meninggal dunia di Hospital Lama, di sini, tular dalam media sosial kerana didakwa berlaku akibat kecuaian doktor dan jururawat. Video dimuat naik seorang pengguna Facebook (FB) itu menunjukkan pesakit terbabit yang tidak berbaju dan hanya berkain berjalan dalam keadaan lemah sebelum dia terjatuh. Pemilik akaun FB berkenaan yang tidak diketahui sama ada mempunyai ikatan keluarga atau sebaliknya meninggalkan hantaran yang mendakwa pihak hospital bersikap sambil lewa tanpa memberikan bantuan kepada mangsa. Antara kandungan petikan yang ditulis pemilik FB terbabit mendakwa walaupun sudah hampir setengah jam mangsa jatuh, namun doktor dan jururawat bertugas tidak peduli dan gagal mengambil tindakan serta merta. Malah, pemilik akaun FB itu dalam tulisannya juga mendakwa apabila pesakit lain melaporkan kejadian itu kepada ju

Taji ayam sabung makan tuan

Image
Gambar tular di media sosial Bintulu: Seorang lelaki maut terkena taji ayam laga sendiri ketika lakukan aktiviti sabung ayam di kebun kelapa sawit di kawasan Batu 21, Jalan Bintulu-Miri di sini semalam. Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Zulkipli Suhaili berkata, dalam insiden jam 2.30 petang itu, mangsa lelaki tempatan berusia 42 tahun itu sedang mengikat taji pada bahagian kaki ayam sabung miliknya. "Sebaik melepaskannya, ayam sabung terbabit meluru ke arah mangsa lalu mencederakan pehanya," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. Mangsa yang cedera parah itu kemudiannya dihantar ke Hospital Bintulu sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 7.29 malam akibat mengalami pendarahan yang banyak. Katanya, polis mengklasifikasikan kes ini sebagai kes mati mengejut (SDR). Sehubungan itu katanya, polis menahan enam lelaki tempatan berusia antara 31 hingga 53 tahun pada jam 1.30 tengah hari tadi dipercayai terbabit dalam aktiviti sabung ayam itu bagi memb

Penunggang motosikal cedera kaki tersepit dalam rim

Image
PULAU PINANG 30/08/2021. Kemalangan melibatkan 2 buah motosikal dekat depan Times Square, Jalan Dato Keramat, Georgetown pada petang tadi. Seorang penunggang motosikal wanita cedera kaki tersepit pada rim motosikal manakala seorang lagi penunggang motosikal cedera pada bahagian lutut. Kes dibantu oleh Bomba Jalan Perak. Sumber: Mamu Jarum #infosemasa

4 lelaki tak mengaku salah pukul bomoh

Image
Kota Bharu: Empat pengamal perubatan tradisional mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas tuduhan sengaja mendatangkan kecederaan ke atas seorang lelaki yang juga seorang bomoh, awal bulan lalu. Tertuduh, Mohd Shamsul Izwan Midin, 33; Idrees Ishak, 42; Muhammad Firdaus Mohd Adnan, 33, dan Mohd Eric Mohd Ramli, 35, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Izdham Naim Che Ani. Mengikut kertas pertuduhan, mereka didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan ke atas Ahmad Shahrill 'Ariff Zainol, 39, di sebuah inap desa Al Quds Jalan Taqwa, Kampung Huda di sini, jam 4 pagi, pada 5 Ogos 2021. Bagi kesalahan berkenaan, mereka didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Shahril Ramli, manakala keempat-empat tertuduh di

Polis lepas 4 das tembakan, suspek kes samun cuba rempuh anggota

Image
Kuala Lumpur: Menyamar sebagai anggota polis untuk menyamun warga asing. Jenayah yang dilakukan lelaki berusia 43 tahun itu bagaimanapun terbongkar apabila pasukan polis peronda yang melalui lokasi kejadian di hadapan sebuah apartment di Bukit Jalil di sini, melihat kelakuan suspek sebelum menahannya, malam tadi. Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, suspek sebelum itu dikatakan menahan seorang lelaki warga asing yang sedang berjalan kaki di hadapan apartment berkenaan pada 6.30 petang, Sabtu lalu. "Suspek memperkenalkan diri sebagai anggota polis lalu membuat pemeriksaan dan mengambil wang RM150 milik lelaki itu. "Dua anggota Balai Polis Bukit Jalil yang menjalankan tugas ronda jenayah melihat kejadian lalu menghampiri suspek. Suspek melarikan diri dengan memandu kereta Perodua Myvi menggunakan nombor pendaftaran palsu. "Semasa melarikan diri, suspek turut melanggar beberapa kenderaan orang

Setahun jadi mangsa kerakusan bapa

Image
GAMBAR HIASAN KLANG – Penderitaan seorang pelajar perempuan menjadi mangsa pemuas nafsu bapa kandung selama setahun berakhir selepas suspek berjaya ditangkap di rumahnya di daerah ini, baru-baru ini. Penangkapan suspek yang merupakan pemandu lori berusia 42 tahun itu dilakukan pukul 7 malam, Khamis lalu. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, kejadian rogol itu terbongkar apabila suspek bergaduh dengan isterinya dengan menyatakan telah tidur dengan anak tunggalnya berusia 15 tahun. Katanya, ibu mangsa kemudian membawa anaknya membuat laporan polis sebelum suspek ditangkap pada hari sama. “Berdasarkan laporan, kejadian berlaku pukul 1 pagi pada 1 Januari dengan suspek memasuki bilik mangsa sebelum merogolnya. “Hasil siasatan lanjut mendapati pelajar perempuan itu dirogol sepanjang tahun 2020 hingga Januari tahun ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini. Beliau menambah, mangsa telah diugut agar tidak memaklumkan pelakuan

Anggota tentera hilang terjatuh dalam Sungai Pahang

Image
BERA – Seorang anggota tentera yang yang terlibat dalam latihan Eksesais Para Predator di pesisir Sungai Pahang berhampiran Kampung Batu Bor di sini dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Pahang semalam. Difahamkan dalam kejadiaan kira-kira pukul 4.40 petang itu mangsa yang berumur 27 tahun dan berasal dari Kedah terjatuh ke sungai ketika melakukan aktiviti penyusupan dan penyeberangan sungai. Susulan itu ,operasi mencari dan menyelamat mangsa yang berasal dari Kedah mula digerakkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia kira-kira pukul 5.40 petang semalam sebelum ditangguhkan pada pukul 7 petang. Sementara itu adik mangsa, Noorsuhada Mohamad Isa,24, berkata, dia mengetahui mengenai kejadian itu selepas dihubungi isteri mangsa yang tinggal di Melaka petang semalam. “Kali terakhir saya bertemu dengan abang pada awal tahun ini di kampung, saya mohon didoakan agar abang dapat ditemui dalam operasi mencari dan menyelamat,”katanya.