Warga emas hilang ditemukan meninggal dunia



Lubok Antu: Warga emas yang dilaporkan hilang di hutan Kem Balak Sepatok, Ulu Lemanak di sini, pada Rabu lalu ditemukan meninggal dunia hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, mayat, Asin Sandom, 65, ditemukan penduduk kampung pada 11.11 pagi hari ini kira-kira 500 meter dari kem balak berkenaan.

"Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Rumah Jamban Bilararap Lemanak Engkelili pada 2.35 petang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Susulan itu, katanya, pasukan bomba hanya mengambil maklumat mangsa dan seterusnya diserah kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Mangsa dilaporkan hilang sejak Rabu lalu, namun usaha mencari yang dibuat oleh penduduk kampung gagal menemukannya.

Susulan itu, laporan polis dibuat keesokannya sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan membabitkan bomba, polis dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan turut dibantu penduduk kampung.

Disiarkan pada: November 5, 2021 @ 10:21pm
Melvin Joni
am@hmetro.com.my

#HarianMetro
#infosemasa

Comments

Popular posts from this blog

Rozek kongsi resipi masakan di YouTube

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong