Pekerja hotel maut motosikal rempuh lembu


JASIN – Seorang pekerja hotel maut selepas motosikal ditunggangi merempuh seekor lembu di Jalan Simpang Bekoh – Rim, awal pagi ini.


Dalam kejadian kira-kira pukul 5.25 pagi itu, mangsa Aizal Abdullah, 47, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Mispani Hamdan berkata, kemalangan berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda Wave dalam perjalanan dari arah Simpang Bekoh ke Rim.

“Setiba di lokasi, mangsa dipercayai gagal mengelak dan merempuh seekor lembu yang berada di atas jalan.

“Akibat kemalangan itu mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini .

Katanya, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Jasin untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam pada itu, Mispani turut mengingatkan agar penternak lembu khususnya berdekatan lebuh raya bertanggungjawab dengan piliharaan masing-masing.

“Pemilik lembu diingatkan untuk bertanggungjawab dengan ternakan masing-masing dan tidak membiarkan haiwan itu bebas tanpa pemerhatian.

“Pihak polis akan mengambil tindakan bersepadu bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk memantau keadaan ini dan sekiranya kita kesan ada haiwan yang tidak dipantau, ternakan itu akan dirampas,” katanya.

Tambahnya lagi, kompaun juga akan dikeluarkan kepada pemilik jika binatang ternakan mereka tidak dituntut. – K! ONLINE.

Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
24 November 2021, 1:02 pm
Gambar: PDRM

#Kosmo
#infosemasa

Comments

Popular posts from this blog

Rozek kongsi resipi masakan di YouTube

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong