PERGELANGAN TANGAN KIRI HANCUR KEMALANGAN


JOHOR BAHRU - Seorang pemuda hancur pergelangan tangan selepas kereta dipandu terlibat kemalangan dengan sebuah kereta lain sebelum terbalik di Lebuhraya Pasir Gudang berhampiran Taman Perling, di sini pada malam tadi.


Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Penguasa Bomba Kanan II Nazaruddin Ahmad Zainudin berkata, pihaknya menerima laporan kemalangan tersebut pada jam 11.50 malam.

Susulan itu, sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan satu unit Rapid Intervention Motorcycle (RIM) dikejarkan ke tempat kejadian.

"Kemalangan itu melibatkan kereta Peroda Viva dipandu seorang pemuda berbangsa Kadazan yang dikenali sebagai Calvin, 23, dan seorang pemuda memandu Perodua Myvi, Sam Kah Lok, 21.


"Nahas itu mengakibatkan Perodua Viva remuk pada bahagian depan, manakala Perodua Myvi terbalik. Kedua-dua pemandu tersebut dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pihak bomba," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, Calvin mengalami cedera parah pada bahagian siku hingga pergelangan tangan hancur.

"Mangsa berkemungkinan akan dipotong tangan kirinya kerana tangan tersebut tidak dapat diselamatkan lagi," katanya.

Menurutnya, mangsa yang cedera parah diberikan rawatan awal oleh anggota bomba sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) dengan menaiki ambulans.

Operasi tamat pada jam 12.56 tengah malam. - VOICE

#Voice
#infosemasa

Comments

Popular posts from this blog

Rozek kongsi resipi masakan di YouTube

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong