VIDEO: Kencing muka peminat, Brass Againts mohon maaf


Florida: Kumpulan Brass Against membuat onar memalukan apabila penyanyinya, Sophia Urista bertindak membuang air kecil di atas muka peminat ketika membuat persembahan di Daytona Beach, minggu lalu.



Menerima kecaman hebat netizen selepas video insiden 'kencing' itu tular di media sosial, kumpulan terbabit akhirnya membuat permohonan maaf secara terbuka dan memberi penjelasan.

Menurut mereka, aksi Sophia membuka seluarnya di atas pentas dan membuang air kecil ke muka peminat di pertengahan persembahan adalah tidak dirancang.

"Kami mohon maaf secara terbuka kepada semua pihak di atas apa yang sudah berlaku dan tindakan itu sama sekali tidak dirancang. Kami sekadar berseronok dengan persembahan di Welcome to Rockville. "Sophia pula mungkin begitu terbawa-bawa dengan keseronokan persembahan. Namun, itu bukan sesuatu yang kami jangkakan dan ia bukan sesuatu akan anda lihat lagi pada persembahan kami," katanya.

Ketika kerancakan persembahan berlangsung, Sophia dikatakan memanggil seorang penonton dan meminta individu itu meletakkan sebuah tin kosong di dahi.

Bagaimanapun dia kemudian melakukan aksi jijik berkenan di atas pentas dan kelakuan tidak senonohnya itu sama sekali menerima pelbagai reaksi negatif daripada peminat.

Netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan itu berikutan tidak mampu mengawal sikap dan menunjukkan aksi kurang sopan di khalayak ramai.

Disiarkan pada: November 16, 2021 @ 4:12pm
Agensi
Video: Media sosial

#HarianMetro
#infosemasa

Comments

Popular posts from this blog

Rozek kongsi resipi masakan di YouTube

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong