Pembancuh air maut dilanggar pemandu Myvi terlelap


MELAKA – Seorang pembancuh minuman ‘coconut shake’ maut selepas dirempuh sebuah kereta ketika merakam gambar kejadian kemalangan di Jalan Tun Hamzah, di sini pagi tadi.


Dalam kejadian pada pukul 9.20 pagi itu, mangsa, Syarurazi Kaharudin, 23, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.


Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Hasan Basri Yahya berkata, sebelum itu, berlaku kemalangan membabitkan kereta jenis Proton Saga dari Ayer Keroh ke Duyong.

Katanya, mangsa yang melihat kejadian itu pergi ke lokasi untuk merakam gambar sebelum dirempuh sebuah kereta Perodua Myvi yang dipandu seorang wanita.


“Hasil siasatan awal, pemandu Myvi dipercayai terlelap menyebabkan kenderaan yang dinaiki bersama seorang anak perempuan berusia lapan tahun terbabas dan melanggar mangsa. – K! ONLINE.

Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
10 November 2021, 8:36 pm
Gambar: Media sosial

#Kosmo
#infosemasa

Comments

Popular posts from this blog

Rozek kongsi resipi masakan di YouTube

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong