Lelaki serang penunggang motosikal diberkas polis


KOTA SAMARAHAN: Seorang lelaki diberkas selepas disyaki menyerang seorang penunggang motosikal di bulatan Medan Univesiti, di sini semalam.


Ketua Polis Daerah Kota Samarahan DSP Sudirman Kram berkata suspek, 37 tahun diberkas susulan laporan polis yang dibuat oleh rakan mangsa.

Menurutnya, rakan mangsa melaporkan kejadian berlaku sekitar jam 12.03 tengah malam ketika dia menunggang motosikal dan bergesel dengan kereta suspek sehingga menyebabkan dia hampir terjatuh di Jalan Kuching-Samarahan Expressway.

"Pengadu bersama mangsa kemudian mengejar kereta suspek sehingga ke kawasan bulatan Medan Universiti dan ketika itu suspek turut memberhentikan keretanya. Suspek kemudian dikatakan bertindak memukul mangsa menggunakan sebatang cota sebelum dia beredar dari lokasi kejadian," katanya menerusi satu kenyataan, semalam.


Tambahnya, mangsa mengalami kecederaan di kepala serta tangan dan dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

"Mangsa cedera di kepada serta tangan, di mana dahi kanan mendapat lima jahitan, kening kiri juga lima jahitan dan tangan kiri mengalami retak tulang," katanya.

Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Kategory Sarawak
Gambar: Media sosial

#UtusanBorneo

Comments

Popular posts from this blog

Rozek kongsi resipi masakan di YouTube

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong