2 maut, 3 parah kenderaan terbabas


KINABATANGAN: Dua wanita maut manakala tiga lelaki parah selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas di Jalan Sandakan ke Lahad Datu, berdekatan Kampung Segaliud, pagi tadi.



Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, mangsa yang maut dilaporkan berusia 14 dan 40 tahun manakala tiga lelaki yang parah berusia 15 hingga 33 tahun, termasuk pemandu.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamaluddin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.02 pagi lalu sebuah jentera bersama enam anggota bergegas ke lokasi kejadian.


Katanya, sebaik tiba di lokasi, terdapat sebuah kenderaan jenis PERODUA Alza dipercayai terbabas ke kiri jalan raya.


"Akibat kejadian, terdapat seorang wanita dewasa dan seorang remaja perempuan meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Dua remaja lelaki dan seorang pemandu lelaki dewasa dilaporkan mengalami kecederaan parah lalu dikejarkan ke Hospital Kinabatangan untuk rawatan lanjut," katanya, hari ini.


Katanya, jenazah mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada jam 9.22 pagi.

Hazsyah Abdul rahman
bhnews@bh.com.my
November 15, 2021 @ 12:13pm
Gambar: Media sosial

#BeritaHarian
#infosemasa

Comments

Popular posts from this blog

Rozek kongsi resipi masakan di YouTube

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong