Pemandu tersepit lori pasir terbabas


JOHOR 22/11/2021.

Sebuah lori muatan pasir terbabas dan terbalik di Jalan Kahang Barat, Kluang pada pagi tadi.



Bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 06.43 pagi melalui talian MERS 999.



Sepasukan anggota bomba daripada Balai Bomba Dan Penyelamat Kluang terdiri daripada 10 anggota bersama seorang pegawai kejarkan ke lokasi kejadian.


Operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan ll Zaidi Bin Tubiran.

Menurut komander operasi, setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian didapati benar berlaku kemalangan jalan raya melibatkan sebuah lori jenis Hino yang membawa muatan pasir terbabas dan terbalik di Jalan Kahang Barat, Felda Kahang Barat, Kluang.


Terdapat seorang lelaki dewasa berumur anggaran 50 tahun tersepit di bahagian pemandu berjaya dikeluarkan dengan menggunakan peralatan khas.


Mangsa yang mengalami kecederaan pada bahagian tangan dan kaki seterusnya diserahkan kepada petugas kesihatan dan dikejarkan ke hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang menggunakan Ambulans KKM untuk mendapatkan rawatan lanjut. - info semasa

Sumber: Bomba/Wartawan Rakyat
Video/gambar: Bomba/media sosial

#infosemasa

Comments

Popular posts from this blog

Rozek kongsi resipi masakan di YouTube

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong