Lelaki maut, dua kereta bertembung di Kota Samarahan


KOTA SAMARAHAN: Seorang lelaki terbunuh akibat kecederaan parah selepas terlibat kemalangan di Kilometer 12 Jalan Kota Samarahan-Mambong, di sini pada Khamis.


Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintenden Alexson Naga Chabu berkata mangsa ialah Aaron Bong Ze Kiong, 28, dan beralamatkan dari SRK Kuarters Batu 17 Jalan Kuching-Serian.


Menurutnya, semasa kejadian mangsa memandu sebuah kereta dari arah Kota Samarahan menuju ke Batu 15 dan dikatakan bertembung dengan sebuah kereta dari arah bertentangan pada jam 8.20 malam.

"Siasatan awal mendapati mangsa dikatakan memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan sebuah kereta yang bergerak menuju ke arah Kota Samarahan.


"Akibat kemalangan itu, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh anggota paramedik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Umum Sarawak (HUS).

Manakala pemandu sebuah lagi kereta dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan.

Siasatan lanjut kes masih dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Oleh Jeremy Lanson
Kategory Sarawak
Gambar: Samarahan Edition

#UrusanBorneo
#infosemasa

Comments

Popular posts from this blog

Rozek kongsi resipi masakan di YouTube

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong