Ditumbuk, ditinggal tepi jalan


London: Seorang wanita dipukul dengan kejam selepas berkenalan dengan seorang lelaki yang ditemui dalam talian dan ditinggalkan di tepi jalan selepas diseret turun dari kereta.


Daily Star melaporkan, mangsa berusia 36 tahun itu yang tidak didedahkan namanya dilaporkan ke hospital dengan kecederaan serius di muka selepas ditumbuk berkali-kali di Salford.

Dia juga membidas Polis Greater Manchester (GMP) dan kecewa kerana tiada tindakan diambil selama enam minggu walaupun dia memberi mereka nama dan butiran suspek, lapor Manchester Evening News.

Bagaimanapun, pegawai di GMP kini memohon maaf atas kelewatan dalam penyiasatan kes itu dan berkata seorang pegawai kanan akan menghubungi mangsa selepas dia membuat aduan rasmi.

Menggambarkan kejadian malang pada 17 September lalu, mangsa berkata, pada petang kejadian dia minum minuman keras bersama suspek.

"Kami meninggalkan tempat itu dan pergi berjalan ke keretanya.

"Bagaimanapun, mereka menghabiskan 15 minit mencari kereta lelaki ini, dan saya sempat bertanyanya bagaimana dia tidak tahu di mana dia letak kereta," ceritanya.

Katanya, apabila mereka menemui kereta itu, lelaki itu menjadi agresif dan menyuruhnya keluar selepas beberapa minit pemanduan.

Disiarkan pada: November 1, 2021 @ 6:05am
Agensi

#HarianMetro
#infosemasa

Comments

Popular posts from this blog

Rozek kongsi resipi masakan di YouTube

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong