VIDEO: Pemandu trauma tengok ‘Spiderman’ tanpa pakaian





PETALING JAYA – Tular sebuah video di media sosial tentang seorang lelaki tidak berpakaian telah berpaut pada cermin hadapan sebuah lori sehingga menyebabkan pemandu tersebut terkejut kaku.

Menerusi perkongsian video oleh @rudyakhbar di laman sosial Twitter baru-baru ini, pemandu lori tersebut kelihatan terkejut apabila terlihat lelaki yang tidak mengenakan sebarang pakaian melekat di cermin hadapan keretanya.

Berdasarkan video berdurasi 45 saat di Twitter itu, lelaki berkenaan bertindak untuk tidak berganjak dari berpaut pada cermin hadapan malah kelihatan seperti memarahi pemandu tersebut yang bertindak mengerakkan kenderaannnya.

Ketika kejadian, beberapa orang awam yang berada di kawasan tersebut memaklumkan berkemungkinan lelaki yang berlagak seperti Spiderman itu merupakan warga asing.

Di media sosial rata-rata netizen mengatakan gelagat itu mencuit hati dan mengajak ramai-ramai ‘tikam’ nombor lori berkenaan.

“Kena tunjuk nombor lori itu berapa nak pergi ‘tikam’ cepat-cepat,” jelas Din.

Seorang lagi pengguna media sosial pula kasihan dengan pemandu lori itu apabila perlu melihat Spiderman tidak berbaju itu

Walau bagaimanapun, difahamkan lelaki tersebut kini telah ditahan oleh pihak polis dan kini sedang menerima rawatan dipercayai di hospital Kajang.

Melalui, Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Mohd Fairus Jaafar dalam satu kenyataan pada Ahad berkata, polis menerima laporan mengenai lelaki itu pada 26 November.

“Kejadian berlaku di jambatan Kampung Baru di Pekan Batu 14 Puchong. Lelaki itu dibawa ke balai polis sebelum dirujuk ke Hospital Kajang.

“Dia kini berada di wad psikiatri untuk rawatan. Dipercayai lelaki warga Bangladesh itu mengalami masalah kesihatan mental,” katanya ketika mengulas video tular memaparkan lelaki itu sedang memanjat bahagian hadapan sebuah lori,” jelasnya. – K! ONLINE.

Oleh KOSMO!
30 November 2021, 8:07 pm
Video: Media sosial

#Kosmo
#infosemasa

Comments

Popular posts from this blog

Rozek kongsi resipi masakan di YouTube

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong