Remaja lemas ketika daki Tasik Tiga Beradik



JOHOR BAHRU – Keseronokan sekumpulan lelaki yang melakukan aktiviti mendaki berakhir dengan tragedi apabila salah seorang daripada mereka telah terjatuh dari tebing ke Tasik Tiga Beradik, Plentong di sini hari ini.

Mayat Mohammad Zharif Isyraf Zulkifli, 20, yang merupakan seorang pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Pasir Gudang ditemui mati lemas pada pukul 12.55 tengah hari.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya, Saiful Bahri Safar berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 11.20 pagi menyatakan terdapat seorang lelaki dewasa berusia 20-an dipercayai lemas.

Beliau berkata, mangsa difahamkan bersama kira-kira 40 rakannya melakukan aktiviti riadah mendaki di kawasan tersebut.

“Setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) di tempat kejadian didapati benar terdapat seorang mangsa telah terjatuh ke dalam tasik dan lemas.

“Mangsa dipercayai melakukan aktiviti mendaki di kawasan tersebut. Ketika mereka ingin melintasi tasik dengan melalui tebing, mangsa telah terjatuh.

“Rakan mangsa cuba membantu dengan menarik mangsa namun kehabisan tenaga dan pegangan tangan mangsa telah terlepas daripada tangan rakan mangsa hingga menyebabkan mangsa tenggelam ke dasar tasik.

“Selepas cubaan menyelamat gagal, salah seorang rakan mangsa kemudian menghubungi pihak bomba,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, seramai 11 anggota dari BBP Johor Jaya dan Pasir Gudang digegaskan ke lokasi bagi usaha mencari dan menyelamat sebelum mayat ditemui kira-kira 50 meter dari lokasi mangsa dilaporkan lemas. -K! ONLINE

Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM
6 November 2021, 4:25 pm

#Kosmo
#infosemasa

Comments

Popular posts from this blog

Rozek kongsi resipi masakan di YouTube

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong