Lelaki rentung terperangkap dalam Perodua Alza terbakar





KUALA TERENGGANU – Seorang lelaki ditemui rentung dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV), Perodua Alza yang terbakar di Jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang berhampiran Kampung Wakaf Beruas di sini hari ini.

Dalam kejadian jam 7.05 malam itu, mangsa yang masih belum disahkan identitinya dipercayai terperangkap dalam kenderaan dipandunya.

Api yang marak begitu cepat turut menyebabkan sebuah kereta Perodua Viva yang diletakkan berhampiran hangus hampir 60 peratus.

Mangsa dipercayai cuba menyelamatkan diri dengan keluar daripada kenderaan melalui tingkap namun usaha berkenaan gagal. – K!. ONLINE

Oleh TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
20 November 2021, 9:21 pm

#Kosmo
#infosemasa




























Comments

Popular posts from this blog

Rozek kongsi resipi masakan di YouTube

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong