MAUT, KENDERAAN DINAIKI TERBABAS


INFO BES TAWAUfm

TAWAU; 06 NOVEMBER 2021 (Sabtu) – Seorang wanita maut Selepas kenderaan dinaikinya terbabas sendiri dalam satu kemalangan jalanraya di Jalan Kampung Gudang 4, Tawau, malam tadi.


Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Umbuas berkata, kejadian berlaku ketika mangsa maut bersama tiga lagi rakan lain dari perumahan PPR Taman Sawit, Gudang Empat sedang dalam perjalanan menuju ke pusat bandar untuk tujuan makan malam bersama.



Katanya, ketika tiba di lokasi kejadian, kenderaan dinaiki telah terbabas sejauh 38-meter selepas pemandu telah hilang kawalan pemanduan dipercayai cuba mengelak seekor anjing yang berada di laluannya.


Sementara itu, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau diketuai PBK II Kasdi Latimin melaporkan mangsa maut berumur 23-tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.



Dalam pada itu, terdapat dua lagi mangsa cedera merupakan penumpang iaitu lelaki (19-tahun) dan perempuan (20-tahun) telah diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS seterusnya dihantar ke Hospital Tawau menggunakan Jentera EMRS dan Ambulans bagi mendapatkan rawatan lanjut.


Manakala pemandu kenderaan terbabit, wanita (19-tahun), dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.


Terdahulu, pihak Bomba menerima panggilan kira-kira pukul 8.58-malam dan bergegas sejauh 12-kilometer ke lokasi kejadian.

Kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Operasi ditamatkan pukul 9.52-malam.

#infosemasa

Comments

Popular posts from this blog

Rozek kongsi resipi masakan di YouTube

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong