Seorang maut dalam nahas tiga motosikal


KOTA SAMARAHAN: Seorang penunggang motosikal maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan melibatkan tiga motosikal di KM 11 Jalan Kota Samarahan-Asajaya di sini, hari ini.


Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Mohd Haffiza Sabli, 27, yang berasal dari Kampung Hijrah Simunjan, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak perubatan.


Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Superintenden Alexson Naga Chabu berkata, siasatan awal mendapati motosikal dipandu mangsa bergerak dari Kota Samarahan menuju ke Asajaya telah masuk ke laluan bertentangan.


"Bagaimanapun, motosikal ditunggang mangsa bertembung dengan sebuah motosikal yang bergerak lurus dari arah bertentangan iaitu Asajaya ke Kota Samarahan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, akibat pertembungan itu, sebuah lagi motosikal datang dari arah yang sama di bahagian belakang cuba mengelak lalu terjatuh.


"Bagaimanapun, dua lagi mangsa mengalami kecederaan telah dibawa ke Pusat Jantung untuk rawatan lanjut," katanya lagi.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Oleh Hamkar Sarbinee
Kategory Sarawak
Gambar: Media sosial

#UtusanBorneo
#infosemasa

Comments

Popular posts from this blog

Rozek kongsi resipi masakan di YouTube

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong