Pemandu maut rempuh belakang lori


RAWANG – Seorang lelaki warga emas maut selepas merempuh bahagian belakang sebuah lori di susur keluar hentian Rehat dan Rawat (R&R) Rawang, Lebuh Raya Utara-Selatan (arah utara) di sini hari ini.


Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 9.16 malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang dikerah ke lokasi kejadian.

“Berdasarkan laporan awal, kejadian melibatkan seorang lelaki tempatan berusia 67 tahun yang memandu kenderaan jenis Isuzu D-Max.


“Mangsa telah melanggar bahagian belakang sebuah lori yang diletakkan di bahu jalan. Rempuhan terbabit telah mengakibatkan mangsa tersepit di tempat duduk pemandu.

“Kita telah berjaya mengeluarkan mangsa namun dia disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM). Mayat mangsa telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” jelasnya. – K! ONLINE.

Oleh MUHD AFIQ AL-HAFIZ MAT YUSOF
22 November 2021, 11:13 pm

#Kosmo
#infosemasa

Comments

Popular posts from this blog

Rozek kongsi resipi masakan di YouTube

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong