Vanessa Angel, suami meninggal kemalangan jalan raya ke Surabaya

Kuala Lumpur: Artis terkenal Indonesia, Vanessa Angel dan suaminya, Febri Andriansyah disahkan meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya tengah hari tadi.


Portal berita CNN Indonesia melaporkan, kemalangan maut itu berlaku di Tol Jakarta-Surabaya, berhampiran kawasan Nganjuk, Jawa Timur.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam Polis Daerah Jawa Timur, Gatot Repli Handoko berkata, tiga lagi penumpang lain dalam kenderaan sama hanya mengalami luka termasuklah anaknya, Gala Sky Ardiansyah. 


"Dua orang meninggal dunia, tiga orang mengalami luka-luka. Dua orang yang meninggal dunia itu adalah Vanessa Adzania dan Febri Andriansyah," katanya.

Jenazah kedua-dua mangsa dibawa ke Rumah Sakit Bhayangkara Surabaya.

Tinjauan Harian Metro di Instagram Vanessa mendapati, beberapa jam lalu, dia bersama keluarganya dalam perjalanan menuju ke Surabaya.

Semalam, Vanessa sempat memuat naik beberapa video meraikan ulang tahun kelahiran adik iparnya, Fuji.

Di Instagram, ramai selebriti terkenal Indonesia memuat naik ucapan takziah atas pemergian Vanessa dan suaminya. Antaranya, Ivan Gunawan, Ayu Ting Ting, Ruben Onsu dan ramai lagi.


Peminat-peminatnya juga turut meluahkan rasa kesedihan atas berita mengejut itu dan ramai yang tidak percaya bahawa Vanessa sudah meninggal dunia.

Disiarkan pada: November 4, 2021 @ 5:01pm
Wartawan RAP
am@hmetro.com.my
Video/gambar: Media sosial

#HarianMetro 
#infosemasa 

Comments

Popular posts from this blog

Rozek kongsi resipi masakan di YouTube

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong