Pelajar UTHM maut bergesel treler di LPT2


HULU TERENGGANU: Pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) maut selepas motosikalnya bergesel dengan sebuah treler di Kilometer 390, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2) berhampiran Ajil di sini hari ini.


Dalam kejadian kira-kira pukul 5.50 pagi itu, mangsa, Mior Farhansyamil Mior Shaharuddin, 23, yang berasal dari Kepala Batas, Pulau Pinang meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian dada.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Mohd. Adli Mat Daud berkata, mangsa yang menunggang motosikal Yamaha YZF-R25 dikatakan hilang kawalan lalu terbabas selepas bergesel dengan treler yang dipandu lelaki berusia 47 tahun.

Katanya, mangsa bersama konvoi 14 motosikal dari Johor datang ke negeri ini untuk bercuti, dan kesemua mereka bertolak pukul 4.30 petang semalam.

“Cubaan mangsa untuk memotong treler gagal apabila terlanggar bahagian belakang kenderaan berat itu sekali gus menyebabkan motosikal dipandu hilang kawalan lalu terjatuh di bahu jalan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Adli berkata, mayat mangsa kemudian bawa ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Oleh NOOR HAYATI MAMAT
7 November 2021, 5:55 pm

#UtusanOnline
#infosemasa

Comments

Popular posts from this blog

Rozek kongsi resipi masakan di YouTube

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong