Penolong kanan SMK Ubai maut motosikal kuasa tinggi terbabas di LPT2


HULU TERENGGANU: Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ubai di Pekan, Pahang maut selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggangnya terbabas di susur selekoh kawasan rehat dan rawat (R&R) Ajil di Kilometer 411.2, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di sini, hari ini.


Dalam kejadian kira-kira pukul 3.20 petang itu, mangsa, Sohaimi Karim, 54, meninggal dunia ketika dirawat di wad kecemasan Hospital Hulu Terengganu akibat kecederaan parah di bahagian dada.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Mohd. Adli Mat Daud berkata, mangsa yang menunggang sendirian motosikal jenis Suzuki GSR 750 itu dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Pekan dari arah Pantai Batu Rakit, Kuala Terengganu.


Katanya, nahas berlaku apabila motosikal guru berkenaan tiba-tiba hilang kawalan ketika melalui susur selekoh ke R&R sebelum melanggar pembahagi jalan hingga tercampak ke kawasan berumput.

“Mangsa yang parah dibawa ke Hospital Hulu Terengganu, namun dia menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.44 petang semasa menerima rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE

Oleh ROSALINDA MD. SAID
4 November 2021, 10:30 pm
Gambar: Media sosial

#UtusanOnline
#infosemasa

Comments

Popular posts from this blog

Rozek kongsi resipi masakan di YouTube

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong