Bayi lahir ada ekor dan bebola


ORTALEZA, BRAZIL – Seorang bayi dilaporkan dilahirkan dalam keadaan ganjil kerana mempunyai ekor sepanjang  12 sentimeter(sm) di punggung kiri beserta sebiji ‘bebola’ selebar 4sm pada hujungnya, lapor akhbar Daily Star kelmarin.


Perkara tersebut mengelirukan doktor-doktor di  Hospital Kanak-Kanak Albert Sabin di Fortaleza, Brazil. Mereka membuat keputusan untuk memisahkan bola dan ekor berdaging itu menerusi satu pembedahan.

Kanak-kanak itu dilahirkan 35 minggu pramatang tanpa komplikasi sebelum Januari tahun ini.


Bayi ganjil dan pembedahan itu dilaporkan dalam penerbitan Journal of Pediatric Surgery Case Reports termasuk lampiran gambar dan keterangan bagaimana kejadian tersebut berlaku.

Bayi  dikatakan mempunyai ekor semasa berada di dalam Rahim, namun ekor itu diserap ke dalam badan setelah beberapa minggu kehamilan. Bagaimanapun, perkara itu tidak berlaku pada bayi tersebut yang mana  ekornya terus membesar.


Doktor-doktor di Brazil turut mengesahkan bahawa ekor bayi itu tidak mengandungi rawan dan tulang, menjadikannya salah satu daripada 40 ekor manusia sebenar yang pernah dicatatkan.

Bebola tersebut dikatakan mengandungi lemak dan tisu penghubung embrio, selain ekor tersebut hanyalah tisu tanpa tulang.

Jurnal itu mendedahkan bahawa ekor manusai pertama dilaporkan bermula pada abad ke-19. – Agensi

Oleh KOSMO!
7 November 2021, 4:46 pm

#Kosmo
#infosemasa

Comments

Popular posts from this blog

Rozek kongsi resipi masakan di YouTube

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong