Posts

Showing posts from November, 2021

VIDEO: Pemandu trauma tengok ‘Spiderman’ tanpa pakaian

Image
PETALING JAYA – Tular sebuah video di media sosial tentang seorang lelaki tidak berpakaian telah berpaut pada cermin hadapan sebuah lori sehingga menyebabkan pemandu tersebut terkejut kaku. Menerusi perkongsian video oleh @rudyakhbar di laman sosial Twitter baru-baru ini, pemandu lori tersebut kelihatan terkejut apabila terlihat lelaki yang tidak mengenakan sebarang pakaian melekat di cermin hadapan keretanya. Berdasarkan video berdurasi 45 saat di Twitter itu, lelaki berkenaan bertindak untuk tidak berganjak dari berpaut pada cermin hadapan malah kelihatan seperti memarahi pemandu tersebut yang bertindak mengerakkan kenderaannnya. Ketika kejadian, beberapa orang awam yang berada di kawasan tersebut memaklumkan berkemungkinan lelaki yang berlagak seperti Spiderman itu merupakan warga asing. Di media sosial rata-rata netizen mengatakan gelagat itu mencuit hati dan mengajak ramai-ramai ‘tikam’ nombor lori berkenaan. “Kena tunjuk nombor lori itu berapa nak pergi ‘tikam’

Penunggang motosikal cedera kemalangan 3 kenderaan

Image
KEDAH 30/11/2021. Kemalangan melibatkan 2 buah kereta dan 1 motosikal di jalan Kuala Ketil ke Merbau Pulas pada pagi tadi. Mangsa dilaporkan cedera dalam insiden tersebut. Sumber: Kant Chee #infosemasa

Remaja maut kemalangan motosikal

Image
SELANGOR 29/11/2021. Kemalangan maut melibatkan penunggang motosikal dekat depan Masjid Bukit Kuching, Jeram pada petang tadi. Sumber dari pembaca info semasa #infosemasa

Jatuh di Flat Azuria, Tanjung Bungah

Image
PULAU PINANG 29/11/2021. Makluman awal seorang individu dipercayai terjatuh dari Flat Azuria, Tanjung Bungah pada hari ini. #infosemasa

VIDEO: Kemalangan motosikal di Teluk Sengat

Image
JOHOR 27/11/2021. Kemalangan melibatkan penunggang motosikal di Teluk Sengat, Kota Tinggi pada malam ini. Video: @muhdrvsyid #infosemasa

Penunggang motosikal terbabas lihat gadis penjual penkek di Thailand

Image
BANGKOK – Foto seksi seorang penjual penkek di Thailand yang tular menjadikan jualan penkeknya lebih laris daripada goreng pisang panas, lapor laman berita The Thaiger semalam. Wanita berusia 24 tahun yang hanya dikenali sebagai Olive itu mencuri perhatian apabila memasak penkek dikenali sebagai ‘khanom Tokyo’ itu sambil mendedahkan sebahagian dadanya. Malah, Olive memberitahu bahawa seorang penunggang motosikal turut terbabas kerana leka memerhatikan wanita itu. Bukan lelaki sahaja yang tertarik kepada Olive kerana wanita juga berminat dengan gaya pakaian jenis kardigan yang digayakan Olive. Wanita itu memakai kardigannya dengan meletakkan butang yang longgar di bahagian hadapan, yang digelar blogger fesyen sebagai ‘Slinky Tank Top’. Ia sebelum ini pernah digayakan oleh selebriti Hollywood seperti Kylie Jenner dan beberapa pelakon dan model Thailand. – AGENSI

Lemas dicekik punca kematian mangsa pergaduhan Flat Ashby

Image
IPOH- Punca kematian lelaki yang maut dalam pergaduhan di pasar pagi dekat Flat Jalan Ashby di sini semalam akibat lemas ekoran tekanan pada bahagian leher. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Datuk Anuar Othman berkata, punca kematian diketahui selepas proses bedah siasat dijalankan ke atas mangsa di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) hari ini. “Proses bedah siasat dijalankan pada pukul 9 pagi tadi dan keputusannya menunjukkan sebab-sebab kematian mangsa adalah ‘asphyxia due to neck compression’ atau kelemasan disebabkan tekanan pada bahagian leher. “Ketiga-tiga suspek yang ditangkap direman tujuh hari sehingga Khamis ini untuk siasatan kes yang diklasifikasikan sebagai kes bunuh,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi semalam, Muhammad Noor Faqih Mohamed Ariffin, 29, maut dalam pergaduhan dengan tiga suspek. Ia dikatakan berpunca daripada isu kecurian pembesar suara

Motosikal langgar babi hutan

Image
JOHOR 26/11/2021. Kemalangan maut melibatkan motosikal melanggar babi hutan di Jalan Kluang-Kota Tinggi selepas Bandar T6 pada pagi tadi  #infosemasa

Penunggang motosikal cedera dilanggar lari

Image
Insiden penunggang motosikal dikatakan telah dilanggar lari oleh sebuah kereta jenis Proton Waja di Kuala Lumpur. Sumber: Bro Hakim #infosemasa

VIDEO: Gempar mayat bogel bangun berjalan

Image
BANDAR BENIN, NIGERIA – Sekumpulan pelajar perubatan sebuah universiti di Nigeria berdepan detik-detik mencemaskan apabila satu ‘mayat’ wanita yang tersedia untuk diawet membuka mata secara tiba-tiba, bahkan bangun dan berjalan keluar dari bilik mayat, lapor akhbar The Sun semalam. Menurut laporan media tempatan, para pelajar anatomi dari Hospital Pendidikan Universiti Benin ketika itu menyedari bahawa mayat tersebut bergerak selepas dia dibogelkan bagi tujuan pembelajaran sebelum kelas bermula. Dia secara tiba-tiba membuka matanya, duduk, memanjat meja dan berjalan keluar dari bilik mayat, lapor laman berita Atinka News. Para pelajar yang ketakutan kemudiannya lari bertempiaran dan dalam masa sama, wanita tersebut turut berjalan di kawasan berumput dalam keadaan berbogel serta kelihatan keliru dengan keadaannya. Tiada seorang pun daripada pelajar di situ yang cuba membantu wanita berkenaan atau memberikan pakaian kepadanya, sebaliknya mereka hanya merakam situasi ters

Dah tiba masa 'halalkan' kanabis, ketum untuk perubatan: Pakar

Image
GAMBAR Hiasan. Kanabis kelihatan di syarikat pengeluar CBD di Switzerland pada Mei 2021. FOTO AFP Kuala Lumpur: Sebagai ahli psikiatri dan juga pakar merawat ketagihan dadah, Prof Madya Dr Rusdi Abd Rashid menyaksikan sendiri kesan marijuana atau ganja ke atas pesakit, termasuk mencetuskan psikosis dalam kalangan penghidap skizofrenia dan lain-lain gangguan mental. Justeru, beliau terperanjat apabila mendapati bahan itu dapat menenangkan seorang individu autistik teruk. Individu tersebut merupakan anak lelaki pesakitnya yang mengalami kemurungan kerana tidak mampu menangani situasi si anak. "Wanita itu memberikan minyak CBD (cannabidiol) kepada anaknya - dia cuma letakkan beberapa titik di bawah lidah si anak setiap hari - dia dapati kelakuan hiperaktif dan melampau anaknya berkurangan," katanya. Hal itu menimbulkan rasa ingin tahu Dr Rusdi tentang potensi kebaikan kanabis dari segi perubatan dan penggunaannya, terutama CBD iaitu bahagian bukan psikogenik pada

VIDEO: Pembuat barangan perabot maut motosikal bertembung MPV

Image
Machang: Pembuat barangan perabot maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki empat sekeluarga di hadapan sebuah stesen minyak di Kilometer 3.3, Jalan Machang-Tanah Merah, di sini, hari ini. Dalam kejadian pada 9.20 pagi itu, mangsa, Muhammad Fakrul Radzi Yahani, 24, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di beberapa bahagian anggota badan. Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Ganti Jimmy berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal jenis Suzuki Smash Revo daripada arah Machang menghala ke Tanah Merah. "Bagaimanapun, setibanya di lokasi kejadian, mangsa dipercayai tiba-tiba keluar dari simpang sebuah stesen minyak menghala ke Machang sehingga menyebabkan berlakunya pertembungan secara berhadapan dengan Toyota Vellfire dipandu lelaki berusia 26 tahun. "Akibat pertembungan itu, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dibawa ke Unit Forensik Hospital

Mayat lelaki ditemukan di ladang kelapa sawit

Image
BALING: Seorang lelaki ditemukan mati di tepi jalan di sebuah ladang kelapa sawit di Kuala Kuang, Kupang di sini hari ini. Mayat mangsa, Rodzi Md. Rejab, 45, yang berasal dari Kampung Masjid Kuala Kuang, Kupang di sini ditemukan dalam keadaan terlentang di lokasi tersebut pada pukul 12 tengah hari. Ketua Polis Daerah, Superintenden Shamsudin Mamat berkata, mayat mangsa itu ditemukan penduduk kampung yang kemudiannya membuat laporan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. “Mayat mangsa ditemukan dalam keadaan terbaring di tepi jalan ladang sawit tersebut di Kuala Kuang, Kupang. “Hasil temu bual dengan warisnya, mangsa dikatakan keluar dari rumah pada pukul 3 petang semalam untuk memasang bubu ikan dan tidak pulang sehinggalah mayatnya ditemukan hari ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Menurutnya, mangsa juga tiada sejarah perubatan dan siasatan di tempat kejadian tidak mempunyai unsur-unsur jenayah serta ti

Pekerja hotel maut motosikal rempuh lembu

Image
JASIN – Seorang pekerja hotel maut selepas motosikal ditunggangi merempuh seekor lembu di Jalan Simpang Bekoh – Rim, awal pagi ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 5.25 pagi itu, mangsa Aizal Abdullah, 47, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Mispani Hamdan berkata, kemalangan berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda Wave dalam perjalanan dari arah Simpang Bekoh ke Rim. “Setiba di lokasi, mangsa dipercayai gagal mengelak dan merempuh seekor lembu yang berada di atas jalan. “Akibat kemalangan itu mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini . Katanya, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Jasin untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Dalam pada itu, Mispani turut mengingatkan agar penternak lembu k

Kemalangan kereta dan lori

Image
PULAU PINANG 24/11/2021 Kemalangan melibatkan kereta dan lori di Lebuhraya Utara-selatan, KM 172.9 arah Utara dari Bandar Baharu ke Jawi sekitar jam 1 pagi tadi. Tiada maklumat lanjut diperolehi mengenai mangsa yang terlibat. #infosemasa

Penunggang motosikal maut rempuh belakang lori

Image
PULAU PINANG 23/11/2021 Kemalangan melibatkan motosikal dan lori di Lebuhraya Utara-selatan, KM 137.4 arah Utara dari Juru ke Sungai Dua sekitar jam 7 pagi hari ini. #infosemasa