Posts

Showing posts from October, 2021

Lelaki maut motosikal terbabas di Simunjan

Image
KUCHING: Seorang lelaki menemui ajal selepas motosikal ditunggangnya terbabas di Jalan Gedong-Serian, Simunjan, hari ini. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintenden Alexson Naga Chabu berkata, dalam kejadian sekitar jam 12.15 tengah hari itu, mangsa dikenali sebagai Mohamad Khairul Mohamad Mustapha, 35, yang cedera parah di kepala disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. "Siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang seorang diri dari rumahnya beralamat Kampung Kanchong Baru, Hulu Gedong, Simunjan menghala ke Ranchan, Serian. "Setiba di lokasi kemalangan, dipercayai mangsa hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan dan melanggar penghadang tepi jalan menyebabkan motosikal mangsa tercampak ke kawasan semak samun manakala mangsa terbaring di atas jalan raya berhampiran penghadang tepi jalan," katanya dalam kenyataan hari ini. Jelasnya, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan oleh pihak p

Lelaki maut, kereta terbabas dalam parit

Image
BAGAN SERAI: Seorang pemandu lelaki maut setelah kenderaan yang dinaikinya terbabas masuk ke dalam parit di Jalan Siakap, Taman Serai Jaya, dekat sini petang tadi. Difahamkan mangsa dikenali sebagai S. Kunaseelan,33, memandu kereta jenis Proton Iswara Aeroback. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 2.48 petang. "Jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Serai bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati kereta terbabas masuk ke dalam parit. "Mangsa seorang diri dan didapati tiada penumpang ketika kejadian. "Bagaimanapun mangsa tidak tersepit dan disahkan maut di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan KKM (Kementerian Kesihatan)," ujar kenyataan itu pada Ahad. Jelasnya lagi, anggota bomba kemudiannya bertindak membawa keluar mangsa dan menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Aida Aziz Oktober 31, 2021 12

Wanita maut ketika bantu mangsa kemalangan

Image
BAYAN LEPAS: Seorang wanita yang dikatakan cuba membantu mangsa kemalangan di Jalan Tun Dr Awang, di sini, maut selepas dipercayai dirempuh sebuah kenderaan tengah malam tadi. Difahamkan, Suhaila Zainol Abidin, 45, sebelum itu cuba membantu mangsa kemalangan bersama seorang lagi wanita yang identitinya belum dikenal pasti. Kedua-dua wanita berkenaan pejalan kaki. Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru, Helmirizal Che Morad, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.26 malam. Tiba di lokasi, katanya, bomba mendapati satu kemalangan membabitkan kereta PROTON Wira dipandu lelaki berusia 25 tahun dan sebuah motosikal Honda Waze serta dua pejalan kaki. "Pemandu yang tidak tersepit itu dikeluarkan oleh orang awam dan dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut," katanya di sini hari ini. Helmirizal berkata, seorang pejalan kaki dan penungg

Kemalangan maut motosikal dan kereta

Image
KEDAH 30/10/2021 Kemalangan maut melibatkan motosikal dan kereta di Jalan Hi-Tech menghala ke Taman Sepilai, Kulim pada petang tadi. #infosemasa

Lelaki ditemui mati dengan kesan kelar pada leher

Image
GEORGE TOWN – Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah dengan kesan kelar pada leher di dalam sebuah kereta di tempat letak kenderaan sebuah pasar raya besar di Gelugor, di sini semalam. Difahamkan, mayat lelaki berusia 48 tahun itu dijumpai di tempat duduk pemandu oleh orang awam yang melalui kawasan tempat meletak kereta aras satu kira-kira pukul 7.15 malam. Turut ditemui adalah sebilah pisau di dalam genggaman tangan kiri mangsa. Pasukan bomba mengambil masa kurang lima minit untuk membantu membuka pintu kereta jenis Toyota Camry berkenaan. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, A’Azelan Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan bagi bantuan membuka pintu kereta itu pada pukul 7.34 petang dan tiba kurang 10 minit kemudian. Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian, pihaknya mendapati berlaku kejadian cubaan membunuh diri melibatkan seorang lelaki di dalam sebuah kereta. “Kemati

VIDEO: Pemandu tersepit kereta terbabas

Image
KEDAH 30/10/2021. Kemalangan melibatkan kereta terbabas dekat Taman Mahameru, Pulai, Baling pada pagi tadi. Mangsa dilaporkan cedera dalam insiden tersebut. Sumber: Kant Chee #infosemasa

VIDEO: Penunggang motosikal maut langgar belakang lori

Image
PULAU PINANG 30/10/2021. Penunggang motosikal maut selepas motosikal yang ditunggang merempuh belakang sebuah lori dipercayai rosak di Lebuhraya Plus Flyover atas Bulatan Seberang Jaya pada malam tadi. #infosemasa

VIDEO: Penunggang motosikal cedera kemalangan

Image
KUALA LUMPUR 29/10/2021. Kemalangan melibatkan penunggang motosikal dekat Segambut pada siang tadi. Mangsa dilaporkan cedera dalam insiden tersebut. #infosemasa

Motosikal bertembung kereta

Image
TERENGGANU 29/10/2021. Kemalangan melibatkan motosikal dan kereta di Kuala Berang pada malam ini. Tiada maklumat lanjut diperolehi mengenai mangsa yang terlibat. #infosemasa

Lelaki ditemui dengan kesan kelar di leher

Image
PULAU PINANG 29/10/2021. Makluman awal seorang lelaki ditemui dalam sebuah kereta di tempat duduk pemandu dengan kesan kelar di lehernya dekat tempat letak kereta Tesco E Gate, hari ini. Sebilah pisau juga ditemui di tangan mangsa. Sumber: Mamu Jarum #infosemasa

Lelaki jatuh sungai kerana sawan ditemukan selepas tiga hari

Image
ARAU : Pencarian seorang lelaki yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Tambun Tulang dipercayai mengalami sawan ketika menunggang motosikal sejak Rabu lalu berhasil apabila mayatnya ditemukan di tandop Simpang Empat berhampiran Masjid Simpang Empat di sini hari ini. Mangsa, Muhammad Shahril Zohari, 20, yang berasal dari Kampung Gobek, Tambun Tulang ditemukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri (JBPM) yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat kira-kira pukul 9.25 pagi. Mayat mangsa ditemukan dalam keadaan tersangkut di kunci air iaitu kira-kira sembilan kilometer dari lokasi kejadian.  Dalam kejadian kira-kira pukul 7.31 malam Rabu lalu, mangsa dipercayai mengalami sawan semasa menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 berhampiran dengan rumahnya sebelum terjatuh ke dalam sungai tersebut. Ketua Polis Daerah Arau, Superintenden Nanda Maarof memberitahu, mangsa yang tidak mempunyai lesen dipercayai menga

Warga emas maut kepala digilis lori

Image
KUALA LANGAT – Seorang lelaki warga emas maut dalam keadaan menyayat hati apabila kepalanya digilis lori dalam kejadian di Kilometer 35.5 Jalan Klang-Banting-Port Dickson hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, mangsa berusia 70 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian. Difahamkan beberapa bahagian kepala mangsa bersepai di jalan raya. Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y10SS2 dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kelanang. “Apabila tiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai telah melanggar pembahagi jalan segi tiga selekoh lalu jatuh ke lorong sebelah kiri jalan. “Mangsa kemudiannya digilis di bahagian kepala oleh sebuah lori yang sedang bergerak terus,” katanya dalam kenyataan hari ini. Kata beliau, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di