VIDEO: Lima lelaki maut dalam kejadian berbalas tembakan


PUERTO RICO 12 Disember - Lima lelaki maut dalam kejadian berbalas tembakan antara dua kumpulan dalam satu majlis hari jadi di Puerto Rico.



Kejadian tersebut berlaku pada Selasa lepas di hadapan sebuah perniagaan di kejiranan Cartenejas di Cindra.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup cctv, terdapat 5 lelaki sedang berkumpul sebelum ditembak dari sebuah kereta yang melalui kawasan tersebut.

Terdapat sebuah lagi kereta turut melepaskan tembakan sehingga berlaku berbalas tembakan.

Kumpulan penyerang tersebut seterusnya mendatangi mangsa lalu melepaskan tembakan dengan jarak dekat menyebabkan kelima-limanya mati ditempat kejadian.

Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Jonathan O'Neill Ortiz Castrodad @ "Ónix", 27, Andrés Manuel Bonilla Rivera, 38, Sebastián Figueroa Camacho, 28,  José M. Delgado Rivers, 24, manakala Bryan Álvarez Carrión, 24 yang cedera parah meninggal pada hari Khamis.

Menurut polis tempatan, Ónix adalah sasaran yang dimaksudkan.

Dia dan mangsa lain dipercayai terbabit dalam dua kejadian pembunuhan di Cidra baru-baru ini kata pihak berkuasa.

Kesemua mereka bersenjata api dan ditembak semasa serangan itu.

Lebih 200 kelongsong peluru ditemui di tempat kejadian.

Pihak polis sedang menyiasat kejadian tersebut - info semasa

Follow ig info.semasa.my

#infosemasa

Comments

Popular posts from this blog

Rozek kongsi resipi masakan di YouTube

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong