Empat wanita diaibkan tanpa belas kasihan


Islamabad: Sungguh mengaibkan apabila empat wanita Pakistan dipaksa berbogel sebelum diarak sebagai hukuman kerana dituduh mencuri.



Wanita itu didakwa mencuri barangan di sebuah kedai di Faisalabad, Punjab yang dimiliki seorang lelaki.

Dalam satu klip video, seorang wanita dilihat menangis sambil membongkok di atas lantai manakala seorang lagi wanita diseret masuk oleh tiga lelaki dengan kaki dan pergelangan tangannya ditarik.

Sementara itu, wanita ketiga tidak berpakaian dari pinggang ke bawah manakala wanita keempat turut dipukul dengan batang seperti kayu.

Wanita terbabit menjerit dan menangis sambil melindungi diri dengan lengan mereka kerana diperlakukan begitu.

Seorang daripada mereka cuba melindungi tubuhnya dengan selendang biru namun kelihatan tertekan selepas dibiarkan hanya memakai bra.

Orang ramai yang melalui kawasan itu mengejek sambil membunyikan hon kereta.

Menurut laporan Daily Star, wanita berkenaan yang dalam ketakutan dilaporkan diarak selama sejam sebelum ketibaan polis Punjab.

Seramai lima individu ditahan di tempat kejadian, namun tidak diperincikan siapa serta atas kesalahan apa.

Disiarkan pada: December 12, 2021 @ 6:30am
Oleh Agensi
Video/Media sosial
Follow ig info.semasa.my

#HarianMetro
#infosemasa

Comments

Popular posts from this blog

Rozek kongsi resipi masakan di YouTube

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong